
Kalau ada haiwan yang paling ‘relax’ di dunia, capybara mungkin juaranya, dan ZUS Coffee menjadikannya inspirasi untuk penutup tahun 2025 ini.
Selepas sambutan hangat tahun lalu, Chocolate ChubbyBara Series kini kembali, menampilkan rangkaian minuman coklat premium yang diinspirasikan oleh capybara Zoo Negara Malaysia. Fokusnya ringkas: rasa selesa, tenang dan ‘chill’ di tengah kesibukan hujung tahun.
Sambutannya juga luar biasa. Dalam tempoh dua minggu sahaja, lebih 450,000 cawan telah terjual, mengatasi prestasi pelancaran pertama pada 2024.
Antara pilihan yang ditawarkan dalam siri ini ialah:
Finally Pistachio Chocolate – rasa lembut dan menenangkan
Australian Chocolate – coklat klasik diperbuat daripada 100% coklat Australia
Double Chocolate Chip Frappe – lebih pekat untuk peminat coklat tegar
Frosted Mint Chocolate – gabungan coklat dan pudina yang segar
Minum Coklat Sambil Bantu Zoo Negara
Menariknya, inspirasi capybara ini bukan sekadar tema. ZUS Coffee turut bekerjasama dengan Zoo Negara Malaysia dengan mengambil inisiatif mengadopsi capybara di sana.
Sumbangan kewangan tersebut disalurkan terus untuk keperluan haiwan berkenaan termasuk makanan, rawatan perubatan, aktiviti rangsangan dan penyelenggaraan habitat.
Inisiatif ini selari dengan komitmen ZUS Coffee untuk memberi kembali kepada komuniti dan usaha pemuliharaan, sambil pelanggan menikmati minuman kegemaran mereka. Chocolate ChubbyBara Series kini boleh didapati di semua cawangan ZUS Coffee di seluruh negara.