Siakap Keli - Latest Updates

Peningkatan Malaysia Dalam CPI Bukti Ketegasan Kerajaan Perangi Rasuah - PM Anwar
Peningkatan Malaysia Dalam CPI Bukti Ketegasan Kerajaan Perangi Rasuah - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha Kerajaan MADANI memerangi rasuah yang sistemik serta membetulkan kelemahan struktur tadbir urus negara terbukti dengan peningkatan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Perdana Menteri berkata kedudukan Malaysia yang melonjak ke tangga 54 dalam CPI dunia antara lain didorong oleh tindakan penguatkuasaan tegas pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Ini termasuk kejayaan memulihkan lebih RM15.5 bilion hasil negara melalui rampasan aset, dana dan pembanterasan sindiket rasuah serta ketirisan yang telah lama menjejaskan kewangan awam,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Sambil menzahirkan rasa syukur atas peningkatan CPI itu, Anwar berkata Kerajaan MADANI juga tidak berkompromi apabila integriti institusi strategik dipersoalkan.

Perdana Menteri berkata tindakan tegas terhadap salah laku dan penyelewengan dalam sektor pertahanan, di samping pembongkaran kartel serta rasuah berprofil tinggi, menegaskan prinsip bahawa tiada sesiapa yang kebal daripada undang-undang.

“Pencapaian ini juga adalah peringatan untuk kita menggandakan usaha memerangi rasuah secara konsisten dan berani, demi memulihkan keyakinan rakyat serta memastikan amanah negara terus dipertahankan,” kata Anwar.

Berdasarkan laporan CPI 2025 yang dikeluarkan Transparency International (TI)hari ini, kedudukan Malaysia bertambah baik daripada tempat ke-57 pada 2024 ke tempat ke-54 tahun lepas.

Menurut laporan itu, Malaysia di kedudukan ketiga dalam kalangan negara ASEAN, selepas Singapura dan Brunei, malah skor negara bagi tahun lepas meningkat kepada 52 mata, berbanding 50 dalam penilaian 2024, menunjukkan trend menaik yang sederhana tetapi menggalakkan.

Orang Lain Buat Perangai Tapi Kita Yang Malu, Ini Penjelasan Psikologi Di Sebaliknya
Orang Lain Buat Perangai Tapi Kita Yang Malu, Ini Penjelasan Psikologi Di Sebaliknya

Pernah tak alami situasi di mana orang lain buat sesuatu, tapi entah kenapa kita pula yang rasa segan dan tidak selesa?

Contohnya, apabila terlihat seseorang bercakap terlalu kuat di tempat awam, tersasul ketika berucap atau memuat naik video yang agak memalukan di media sosial.

Walaupun perkara itu tidak ada kena-mengena dengan diri kita, perasaan ‘tak senang duduk’ tetap muncul.

Justeru, kali ini SK akan mengungkap penjelasan psikologi di sebaliknya, menurut portal Mental Floss.

Rasa malu bagi pihak orang lain

Menurut portal Mental Floss, rasa malu bagi pihak orang lain atau sering disebut sebagai secondhand embarrassment.

Walaupun namanya berbeza, perasaan ini dirasai hampir sama seperti malu yang dialami sendiri.

Kita mungkin rasa segan, tak selesa, muka panas, berpeluh atau jadi kekok walaupun kita tidak terlibat secara langsung dalam situasi tersebut.

Kredit: ImageFX

Kajian menunjukkan kita tidak perlu mengenali individu tersebut untuk berasa malu bagi pihak mereka.

Malah, orang itu sendiri mungkin tidak sedar langsung bahawa situasi yang dialaminya kelihatan memalukan pada pandangan orang lain.

Sebagai contoh, seseorang mungkin berjalan dengan zip seluar terbuka.

Individu itu tidak rasa malu, tetapi orang yang melihat boleh berasa sangat tidak selesa atau segan bagi pihaknya.

Rasa malu wujud kerana empati

Menurut Mental Floss lagi, sebenarnya rasa malu bagi pihak orang lain lebih berkait dengan empati kerana kita membayangkan diri kita berada dalam situasi tersebut.

Kredit: ImageFX

Keupayaan untuk “meletakkan diri” di tempat orang lain sudah cukup untuk mencetuskan reaksi fizikal dan emosi yang sama dalam diri kita.

Secara umum, semakin tinggi tahap empati seseorang, semakin kuat perasaan malu secara tidak langsung yang dialaminya.

Mengapa ada yang tak tahan tengok situasi memalukan?

Mental Floss menjelaskan bahawa kemungkinan terdapat faktor genetik, pengalaman hidup ketika kecil, atau seseorang itu mempunyai sempadan emosi yang lebih kuat sehingga reaksi fizikal seperti rasa segan dan tidak selesa tidak terlalu mempengaruhi dirinya.

Selain itu, orang yang suka menonton situasi memalukan pula tidak bermakna dia kurang empati.

Kredit: ImageFX

Secara ringkasnya, rasa malu bagi pihak orang lain wujud dalam satu spektrum.

Ada individu yang sangat mudah merasa malu dan berempati terhadap orang lain, manakala ada juga yang kurang terkesan dan tidak memberi reaksi sekuat itu.

Baca juga:

Berpeluh Darah Tanpa Luka, Ini Penjelasan Tentang Hematohidrosis

Empat Kawasan Di Semenanjung Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga
Empat Kawasan Di Semenanjung Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga

Sebanyak empat kawasan di Semenanjung Malaysia kini berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) selama tiga hari berturut-turut berikutan cuaca panas yang berterusan.

Menurut hantaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, antara kawasan yang terlibat ialah Pokok Sena, Pendang, Baling dan Kulim di negeri Kedah.

"Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut," maklum MetMalaysia.

Baca juga:

Tiga Kawasan Di Semenanjung Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga

Untuk maklumat lanjut dan status terkini cuaca panas harian, orang awam boleh melayari portal rasmi MetMalaysia di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.

Orang ramai disarankan supaya lebih berhati-hati bagi mengelak masalah kesihatan akibat cuaca panas yang berlarutan.

Antara langkah yang boleh diambil termasuk mengurangkan aktiviti fizikal di bawah sinaran matahari, memastikan badan kekal terhidrat, serta berada di tempat teduh atau berhawa dingin.

Tabiat Buruk Anda 'Wajib' Tinggalkan Kalau Tak Nak Menyesal
Tabiat Buruk Anda 'Wajib' Tinggalkan Kalau Tak Nak Menyesal

Walaupun dianggap perkara biasa oleh sesetengah orang, terutama kaum lelaki, tabiat duduk terlalu lama di tandas sambil bermain telefon sebenarnya adalah satu amalan buruk yang sering dipandang remeh.

Satu gambar imbasan X-ray yang pernah tular di media sosial sekitar tahun 2018 kembali dikongsikan sebagai peringatan kepada orang ramai mengenai risiko tabiat tersebut.

Gambar itu memaparkan keadaan usus seorang lelaki yang terkeluar dari dubur akibat tekanan berlebihan ketika berada di tandas terlalu lama.

Gambar Hiasan (AI/ImageFX)

Insiden mengejutkan di China

Dalam kejadian yang berlaku di Zhongshan, wilayah Guangdong, China, seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital pada tengah malam dalam keadaan kesakitan. Dia dilaporkan tidak mampu berjalan sendiri dan terpaksa bersandar pada rakannya.

Difahamkan, lelaki itu menghabiskan lebih 30 minit di tandas sambil bermain telefon ketika cuba membuang air besar.

Pemeriksaan kemudiannya mendapati terdapat ketulan sebesar bola yang terkeluar dari duburnya.

Doktor mengesahkan ketulan tersebut adalah rektum, iaitu bahagian akhir usus besar, yang terkeluar dari tempat asalnya. Keadaan ini dikenali sebagai rektum prolaps (rectal prolapse).

Imbasan CT menunjukkan ketulan itu berdiameter lebih 15 sentimeter, selain terdapat kesan lebam dan pendarahan pada dinding usus.

Menurut pihak hospital, lelaki berkenaan sebenarnya telah mengalami masalah tersebut sejak kecil, namun tidak mengambil serius keadaan itu.

Sebelum ini, usus yang terkeluar masih boleh masuk semula ke dalam badan. Namun kerana tidak mendapatkan rawatan, keadaannya semakin teruk sehingga organ tersebut terkeluar sepenuhnya.

Walaupun doktor menilai keadaan itu tidak kritikal, pesakit tetap dimasukkan ke wad kerana organ yang terdedah boleh rosak atau berlubang jika dibiarkan terlalu lama.

Pembedahan kemudian dilakukan dan lelaki tersebut dilaporkan semakin pulih.

Baca juga:

Jangan Buat Perkara Ini Dalam Kereta Kalau Tak Nak Menyesal

Kenapa duduk lama di tandas berbahaya?

Pakar perubatan menjelaskan bahawa duduk terlalu lama dan meneran ketika membuang air besar boleh meningkatkan tekanan dalam perut serta melemahkan otot pelvis.

Apabila otot pelvis menjadi lemah, rektum boleh terkeluar, terutamanya jika seseorang kerap meneran atau duduk lama di tandas tanpa keperluan.

Peringatan kepada orang ramai

Kes ini menunjukkan bahawa tabiat yang kelihatan remeh seperti 'melepak' bermain telefon di tandas boleh membawa kesan kesihatan yang serius. Ia seharusnya dijadikan peringatan agar tidak memandang ringan perkara ini.

Namun, perlu diingat bahawa rektum prolaps juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor lain, antaranya:

Kerap meneran ketika membuang air besar

Proses bersalin

Faktor usia yang melemahkan tisu dan otot dubur

Masalah saraf seperti kecederaan atau penyakit saraf tunjang

Jangan Panaskan Semula Makanan Ini Dalam "Microwave"
Jangan Panaskan Semula Makanan Ini Dalam "Microwave"

Seiring dengan peredaran zaman, perkembangan teknologi telah banyak memudahkan kehidupan manusia dalam menjalani aktiviti harian.

Pelbagai ciptaan moden diperkenalkan bagi menjimatkan masa dan tenaga.

Sebagai contoh, ketuhar gelombang mikro atau microwave oven berfungsi untuk memanaskan makanan dengan lebih cepat dan efisien.

Namun begitu, bukan semua makanan sesuai dipanaskan semula di ketuhar gelombang mikro.

Sehubungan itu, SK ingin menerangkan kepada anda bahawa terdapat makanan tertentu yang boleh mengalami perubahan sifat, kehilangan nutrien, malah berpotensi membahayakan kesihatan.

5 jenis makanan yang tidak boleh dipanaskan semula

Menurut Reader’s Digest, ramai yang tidak menyedari bahawa cara penggunaan ketuhar gelombang mikro yang salah boleh mendatangkan risiko serius.

Oleh itu, terdapat lima jenis makanan yang wajar dielakkan, lengkap dengan penjelasan sebab serta kaedah selamat untuk memanaskannya semula.

Telur rebus

Telur rebus, sama ada masih berkulit atau telah dikupas, boleh bertindak seperti bom wap apabila dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro.

Air di dalam telur akan bertukar menjadi wap dengan pantas lalu meningkatkan tekanan, sekali gus menyebabkan telur meletup selepas dikeluarkan.

Bagi tujuan keselamatan, potong telur kepada bahagian yang lebih kecil terlebih dahulu atau gunakan kaedah pemanasan lain seperti mengukus.

Kentang

Kentang yang sudah dimasak dan dibiarkan lama boleh mengandungi bakteria Clostridium botulinum, penyebab botulisme.

Ketuhar gelombang mikro tidak dapat membunuh bakteria ini. Simpan kentang di peti sejuk selepas dimasak dan panaskan semula menggunakan oven atau kuali untuk keselamatan.

Nasi

Menurut Reader’s Digest, ketuhar gelombang mikro juga tidak semestinya mampu memusnahkan semua bakteria yang terdapat dalam nasi, terutamanya Bacillus cereus yang mempunyai ketahanan tinggi terhadap haba.

Toksin yang dihasilkan oleh bakteria ini boleh menyebabkan keracunan makanan dengan gejala seperti cirit-birit dan loya.

Justeru, nasi hendaklah dipanaskan sehingga benar-benar panas secara sekata, dimakan segera dan tidak dibiarkan terlalu lama pada suhu bilik kerana keadaan tersebut menggalakkan pembiakan bakteria.

Isi ayam

Selain itu, isi ayam yang dipanaskan semula dalam ketuhar gelombang mikro berisiko tinggi kerana bakteria seperti salmonella tidak terhapus sepenuhnya.

Ketuhar gelombang mikro memanaskan makanan secara tidak sekata, menyebabkan bahagian luar terasa panas tetapi bahagian dalam mungkin masih belum mencapai suhu selamat.

Untuk lebih yakin ayam dipanaskan sepenuhnya, gunakan ketuhar atau panaskan di atas kuali supaya haba tersebar dengan lebih sekata.

Sayur bayam

Bayam, kale dan saderi mengandungi nitrat semula jadi yang sebenarnya bermanfaat untuk kesihatan tubuh.

Akan tetapi, apabila ia dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro, nitrates boleh bertukar menjadi nitrosamin, bahan yang mencetuskan kanser.

Cara selamat ialah makan sejuk, kukus atau panaskan dalam oven.

Apa Akan Jadi Kalau Tiada Laut Di Bumi?
Apa Akan Jadi Kalau Tiada Laut Di Bumi?

Bayangkan kita bangun dari tidur dan dunia tiba-tiba terasa sunyi. Tiada bunyi deruan ombak, tiada pantai dan tiada laut yang terbentang luas, yang tinggal cuma daratan kering sejauh mata memandang.

Selama ini, ramai yang menganggap laut sekadar 'menawarkan' pemandangan indah dan tenang. Namun, hakikatnya lautan adalah 'nadi' yang membuatkan bumi terus hidup.

Menurut World Economic Forum, lautan adalah sistem sokongan hidup utama di bumi. Justeru, ketiadaannya memberikan pelbagai kesan yang signifikan kepada kita.

Persoalannya apa akan berlaku jika bumi yang dihuni oleh kita tidak mempunyai lautan? Sejauh mana manusia boleh jalani hidup tanpanya? Ini empat perkara yang mungkin terjadi.

Iklim menjadi ekstrem

Lautan mengawal iklim bumi, di mana arusnya menentukan taburan haba dan memacu corak cuaca, termasuk hujan.

Haba matahari menyebabkan air laut tersejat dan menambahkan kelembapan ke udara. Lautan pula membekalkan sebahagian besar air yang tersejat ini.

Wap airnya memeluwap untuk membentuk awan, yang melepaskan kelembapannya sebagai hujan.

Tanpa air hujan, kawasan yang dahulunya subur untuk pertanian akan menjadi gersang.

Semua kehidupan di bumi bergantung kepada proses ini, yang dipanggil kitaran air.

Selain itu, jumlah haba yang tersimpan dalam lapisan atas lautan (sekitar tiga meter pertama) adalah lebih banyak daripada keseluruhan haba dalam atmosfera bumi. Haba ini dipindahkan dan diagihkan ke seluruh planet melalui arus laut.

Kredit: AFP

Sebagai contoh, kita boleh melihat pada Arus Teluk iaitu arus panas yang sangat kuat. Ia menjadi sumber utama pemindahan haba dari utara ke selatan di Lautan Atlantik.

Arus ini bermula di Teluk Mexico, mengalir mengelilingi Florida, sebelum bergerak ke arah timur laut merentasi Lautan Atlantik dan mengembang seperti corong sehingga sampai ke Eropah.

Tanpa Arus Teluk, iklim England akan menjadi jauh lebih sejuk dan ekstrem, manakala bahagian utara Norway akan menyerupai Antartika.

Ini menunjukkan betapa besar peranan lautan dalam menstabilkan iklim yang kita nikmati hari ini.

Baca juga:

Saintis Dedah Penemuan Struktur Gergasi ‘Misteri’ Di Bawah Bermuda

Dipercayai Dibina Sejak 1950 & Ditengah-tengah Pulau, Ini Rumah Paling Sunyi Di Dunia

Kehilangan sumber makanan

Seperti yang diketahui, lautan merupakan habitat kepada begitu banyak spesies dan kebanyakan darinya membekalkan kita dengan makanan dan nutrisi penting.

Dari garis pantai hingga ke dasar laut yang paling dalam, lautan dipenuhi dengan pelbagai hidupan. Beratus-ratus ribu spesies marin terdiri daripada alga mikroskopik hinggalah kepada makhluk terbesar yang pernah hidup di bumi iaitu ikan paus biru.

Jika lautan tiada, sumber tersebut akan turut lenyap, sekali gus menjejaskan rantaian makanan global.

Kredit: AFP

Kehilangan sumber oksigen

Untuk pengetahuan, lautan mempunyai lima zon hidupan utama dan setiap satunya ada organisma yang disesuaikan secara unik dengan ekosistem marin.

Salah satu zon tersebut ialah zon epipelagik, yang merupakan lapisan atas lautan yang diterangi cahaya matahari.

Di zon inilah yang membolehkan fotosintesis berlaku, di mana sesetengah organisma menukarkan cahaya matahari dan karbon dioksida kepada tenaga dan oksigen.

Fotosintesis itu berlaku dalam tumbuhan dan alga. Contoh tumbuhan yang ada ialah rumpai laut, ia mempunyai persamaan dengan tumbuhan darat iaitu mempunyai akar, batang dan daun.

Malah, lautan juga menyerap kira-kira 30 peratus karbon dioksida (CO2) yang dihasilkan oleh manusia dan lebih 90 peratus haba berlebihan dalam sistem iklim kita.

Tanpa lautan, manusia akan kehilangan salah satu sumber oksigen terpenting untuk kelangsungan hidup.

Hilang salah satu sumber ekonomi

Kajian yang diterbitkan pada 2020 mendapati 'ekonomi lautan' bernilai sekitar $2.5 trilion.

Manakala, 40 peratus daripada populasi dunia dianggarkan bergantung kepada biodiversiti dan perkhidmatan yang disediakan oleh lautan. Ia termasuk dari segi bekalan makanan, tenaga boleh diperbaharui, pelancongan dan perdagangan.

Justeru, ia memberi kesan yang sangat besar kepada ekonomi dunia.

Secara ringkasnya, lautan memberikan pelbagai manfaat kepada hidupan di bumi. Tanpanya, kita akan kehilangan sokongan hidup yang paling asas.

Oleh itu, selagi samudera masih terbentang luas untuk kita, jagalah ia dengan sebaik mungkin.

Penyokong Man United Ini 'Mungkin' Dapat Potong Rambut Esok
Penyokong Man United Ini 'Mungkin' Dapat Potong Rambut Esok

Peminat tegar Manchester United, Frank Ilett berkemungkinan dapat memotong rambutnya selepas hampir 500 hari, setelah berikrar pasukan kesayangan memenangi lima perlawanan berturut-turut pada 2024.

Selepas mencatatkan kemenangan keempat berturut-turut terhadap Tottenham pada Sabtu lalu, The Red Devils kini hanya perlu meraih satu kemenangan sebelum Ilett dapat merapikan rambutnya yang kian memanjang.

Carrick Ball

Selepas Ruben Amorim dipecat oleh pengurusan kelab, Michael Carrick mengambil alih tugas jurulatih dari Portugal itu sebagai pengurus interim United.

Bersama United, Carrick berjaya menambat hati peminat selepas membawa prestasi kelab itu pada tahap yang memberangsangkan.

Kemenangan terbaru membolehkan The Red Devils melonjakkan peluang untuk kembali beraksi di pentas Eropah musim depan.

Baca juga:

Senarai Calon Berpotensi Jadi Jurulatih Baharu Manchester United

Bagaimanapun, perlawanan menentang West Ham awal pagi esok bakal menjadi penentuan buat lelaki itu sama ada dapat memotong rambut atau sebaliknya.

Pada 5 Oktober 2024, Ilett yang merupakan peminat setia kelab itu mengambil keputusan untuk berikrar di media sosial bahawa dia tidak akan memotong rambutnya selagi pasukan itu tidak menang lima perlawanan berturut-turut.

Ia susulan prestasi kelab yang berada pada tahap buruk.

Sehingga kini, Ilett meraih lebih 1.2 juta pengikut di akaun Instagram @theunitedstrand setakat 10 Februari 2026.

Lelaki itu semakin mencuri tumpuan seiring dengan berlalunya masa, dengan rambutnya yang semakin panjang. Malah "penderitaannya" itu turut mendapat perhatian pemain United.

Rasuah: Senarai Kedudukan Negara Menurut CPI 2025
Rasuah: Senarai Kedudukan Negara Menurut CPI 2025

Seperti yang diketahui, rasuah merupakan satu bentuk penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.

Lazimnya, suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun.

Rasuah bukan sahaja merupakan satu bentuk jenayah yang melanggar undang-undang. Tetapi ia juga boleh menjejaskan sistem pentadbiran sesebuah negara

Dalam laporan terbaru Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2025 yang diterbitkan oleh Transparency International, dunia sekali lagi diberi peluang melihat sejauh mana bersih atau kotornya sektor awam di 182 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Skala penilaian CPI ini bergerak dari 0 hingga 100, di mana 0 menunjukkan tahap rasuah yang sangat parah.  Manakala 100 pula melambangkan kebersihan hampir sempurna dari gejala ini.

10 Negara Bersih Rasuah 2025

Singapura tersenarai top 3 negara bebas rasuah 2025

Denmark muncul sebagai negara paling bersih daripada aktiviti suapan dengan skor mengagumkan 89.

Manakala Finland sebagai pesaing rapat dengan skor 88, diikuti Singapura, yang kukuh di tempat ketiga dengan skor 84.

Malaysia Di Mana?

Menurut laporan CPI, Malaysia berjaya menduduki tangga ke-54 pada tahun 2025 berbanding di kedudukan ke-57 pada tahun sebelumnya.

Baca juga:

Senarai 10 Negara Dengan Hutang IMF Terbesar 2026

10 Negara ‘Terpaling’ Rasuah 2025

Sementara itu, di sebalik kisah kejayaan ini, ada negara-negara yang bergelut dengan kancah rasuah yang semakin kronik.

Sudan Selatan muncul sebagai negara paling banyak terlibat kes rasuah dengan skor hanya 9, diikuti Somalia dan Venezuela.

Dalam pada itu, Yaman, Libya, Eritrea, Sudan, Nikaragua, Syria, dan Korea Utara turut tersenarai dalam kelompok 10 negara paling rasuah di dunia tahun ini.

Sebahagian besar negara ini berdepan konflik bersenjata, ketidakstabilan politik, dan pemerintahan autoritarian, sekali gus terdedah dengan barah rasuah.

Untuk senarai penuh kedudukan negara, klik di sini

Sarawak Sedia Tingkat Eksport Babi Hidup Ke Selangor
Sarawak Sedia Tingkat Eksport Babi Hidup Ke Selangor

KUCHING, 10 Feb (Bernama) -- Sarawak bersedia meningkatkan eksport babi hidup ke Selangor susulan keputusan Sultan Selangor melarang aktiviti penternakan babi di negeri itu.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata negeri itu sebenarnya telah mula mengeksport babi hidup ke Selangor sejak tahun lalu.

“Kami juga terbuka untuk membekalkan kepada negeri lain yang berhasrat mengimport,” katanya kepada Bernama.

Mengulas sama ada kerajaan negeri merancang untuk memperluas atau memodenkan lagi industri penternakan babi di Sarawak, beliau berkata ketika ini terdapat beberapa ladang kecil serta ladang moden di negeri itu.

“Kami juga mempunyai tiga ladang moden berskala besar yang terletak di kawasan Simunjan, Ensengei dan Selangau,” katanya.

Sebelum ini, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan tidak memperkenankan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di negeri itu berikutan risiko pencemaran yang boleh menjejaskan masyarakat setempat.

Wanita Minta Idea "Hashtag" Majlis Kahwin, Komen Netizen Buat Ramai Tak Kering Gusi
Wanita Minta Idea "Hashtag" Majlis Kahwin, Komen Netizen Buat Ramai Tak Kering Gusi

Di era moden ini, setiap detik penting dalam kehidupan sering dirakam dan dikongsikan untuk kenangan sendiri mahpun tatapan orang lain.

Kini, majlis perkahwinan bukan lagi sekadar busana indah, dekorasi pelamin atau momen akad nikah semata-mata.

Kebelakangan ini, trend penggunaan "hashtag" khas bagi majlis perkahwinan sudah semakin popular.

Fungsinya bukan sahaja memudahkan tetamu menghimpunkan gambar dan video dalam satu carian, ia turut menjadi identiti majlis perkahwinan itu sendiri.

Namun begitu, tidak semua orang mempunyai idea kreatif setiap masa.

Ada yang buntu memikirkan gabungan nama yang sesuai, ada pula yang risau "hashtag" kedengaran janggal.

Wanita minta idea "hashtag" majlis kahwin

Baru-baru ini, satu perkongsian seorang wanita di media sosial menjadi tular apabila dia meminta bantuan netizen untuk mencadangkan "hashtag" unik sempena hari perkahwinannya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh @sara_akilah di Threads, wanita itu dilihat berkongsi namanya dan pasangannya.

Help, I need a hashtag idea for my wedding

Him: Haikal

Her: Sara

Dalam perkongsian seterusnya, dia mendedahkan nama penuh lelaki tersebut sebagai rujukan dan memudahkan lagi netizen untuk memberi cadangan.

Can also if

Him: Haikal Hakim

Me: Sara

hehe

Walaupun permintaannya kelihatan ringkas, ia cukup untuk mengundang kehadiran netizen dengan idea-idea yang kreatif dan mencuit hati.

"Tak henti gelak baca komen..." -Netizen

Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, peluang keemasan itu terus direbut oleh para netizen tanpa berlengah.

Maklumlah, bukan warganet Malaysia namanya kalau tidak "turun padang" menceriakan suasana dengan idea-idea di luar jangkaan.

Dalam kalangan ratusan komen yang membanjiri ruangan tersebut, ada yang benar-benar serius mahu membantu mencadangkan "hashtag" yang bermakna.

Pada masa yang sama, ada juga yang jelas mengambil kesempatan untuk berjenaka dan berseloroh.

Hasilnya, satu demi satu komen yang dibaca menghiburkan sehingga sukar menahan ketawa.

Tidak hairanlah perkongsian tersebut terus mendapat perhatian daripada pengguna Threads.

Untuk memudahkan pembaca, kami kongsikan beberapa cadangan paling mencuit hati dan kreatif sebagai tatapan di bawah.

Baca juga:

Kreatif Betul, Suami "Join" Main Layang-layang Guna Joran Pancing Dengan Anak Jiran

Dipercayai Sering Hina Suami, Wanita Hamil 3 Bulan Ditemui Dalam Keadaan Tragis
Dipercayai Sering Hina Suami, Wanita Hamil 3 Bulan Ditemui Dalam Keadaan Tragis

Seorang wanita sedang mengandung tiga bulan dilaporkan meninggal dunia dengan luka parah di leher akibat diserang oleh suaminya sendiri.

Menurut portal Tribun News, kejadian itu berlaku di Desa Air Kopras, Kecamatan Pinang Belapis, Kabupaten Lebong, Indonesia pada 5 Februari lalu.

Ayah mangsa berusia 50 tahun merupakan saksi pertama yang menemui mayat anak perempuannya sebaik pulang dari pasar.

"Saya terkejut melihat anak saya terbaring tidak bernyawa. Biliknya bersepah dan terdapat sebilah pisau di dekat mayatnya," ujarnya.

Asisten Superintendan Polis (ASP) Darmawel Saleh berkata, pembunuhan itu didorong oleh dendam dan rasa sakit hati yang telah lama dipendam oleh suspek.

"Suspek dikatakan sering berasa dihina dalam rumah tangga mereka dan mengalami tekanan akibat konflik yang berpanjangan, termasuk isu kewangan

"Lelaki berusia 23 tahun itu juga berasa tertekan dan sakit hati kerana sering dipermainkan serta tidak dihargai sehingga dendamnya memuncak," jelas Darmawel lagi.

Suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap

Difahamkan, suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap, malah keluarganya pernah menasihati supaya dia kembali ke rumah ibu bapanya di Desa Lemeu, Kecamatan Uram Jaya untuk menenangkan keadaan.

Tribun News melaporkan konflik dan pertengkaran dalam rumah tangga mereka terus berlanjutan sehingga berakhir dengan tragedi.

Pada hari kejadian, mangsa, 19, berada sendirian di rumah manakala ibu mangsa yang bekerja sebagai guru sedang mengajar dan bapanya berada di pasar.

Dalam pada itu, menurut saksi, tiada jiran yang mendengar sebarang bunyi pergaduhan sebelum mayat ditemukan.

Hasil pemeriksaan perubatan menunjukkan mangsa mengalami luka mendalam di leher sehingga kepalanya hampir putus, disertai kesan cengkaman kuku di sekeliling luka.

Mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira enam jam sebelum ditemukan.

Pihak polis kini sedang meneruskan siasatan dengan mengambil keterangan saksi dan mengumpul bukti.

Baca juga:

Cemerlang Luar Biasa, Pelajar Hafizah Raih CGPA 3.99, Berjaya Khatam Al-Quran 10 Kali Dalam 7 Bulan

Singapura Dilanda Jerebu, Kes Masalah Pernafasan Meningkat

Singapura Dilanda Jerebu, Kes Masalah Pernafasan Meningkat
Singapura Dilanda Jerebu, Kes Masalah Pernafasan Meningkat

Singapura melaporkan peningkatan bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan akibat masalah pernafasan susulan jerebu yang melanda negara itu, lapor Channel News Asia (CNA).

Klinik di kawasan tengah, utara dan timur Singapura mencatat peningkatan ketara bilangan pesakit yang hadir tanpa temujanji dalam beberapa hari terakhir.

Selain itu, pesakit juga melaporkan mengalami batuk berpanjangan, kesukaran bernafas dan sakit tekak.

Dr. Joel Lim dari Kingsway Medical Clinic berkata bilangan pesakit meningkat antara 10 hingga 20 peratus sejak beberapa hari lalu, selari dengan kenaikan bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI).

“Peningkatan ini biasanya berlaku dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas kualiti udara yang lebih buruk berterusan,” kata Lim.

Beliau turut menambah bahawa musim jerebu sering mencetuskan lebih banyak lawatan ke klinik atau hospital akibat kerengsaan tekak, batuk, dan serangan asma.

Seorang pegawai perubatan di Livewell Medical Family Clinic, Dr. Chong Soon Thye menganggarkan peningkatan antara 15 hingga 25 peratus dalam kes masalah pernafasan.

Dr. Ronald Xu dari Procare GP Clinic dan Dr. Chan, yang mengendalikan klinik di timur Singapura, turut melaporkan trend yang sama.

Peningkatan ini berlaku di tengah-tengah cuaca kering berpanjangan, dengan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) menyatakan bahawa asap daripada satu titik panas di negara jiran bergerak ke arah Singapura.

Setakat pukul 6 petang semalam, indeks kualiti udara 24 jam mencatat bacaan antara 50 hingga 62, iaitu dalam julat baik hingga sederhana.

Namun begitu, menjelang kira-kira 7 malam, bacaan menurun sedikit kepada antara 49 hingga 61, dengan kawasan tengah paling terjejas, diikuti oleh utara dan timur Singapura.

“Keadaan kering ini dijangka berterusan hari ini,” menurut kenyataan NEA.

Penduduk di seluruh Singapura turut melaporkan bau hangit sejak akhir Januari.

NEA sebelum ini mengaitkan peningkatan paras PM2.5 di kawasan timur dengan titik panas dan kepulan asap dari negeri jiran, sambil menambah bahawa kebakaran tumbuh-tumbuhan telah menyebabkan asap daripada titik panas tersebut bergerak ke utara Singapura.

Baca juga:

Rekod Pertama Di Semenanjung, Kenali Kumbang Permata "Amorphosoma Danulkae"

Cemerlang Luar Biasa, Pelajar Hafizah Raih CGPA 3.99, Berjaya Khatam Al-Quran 10 Kali Dalam 7 Bulan

2 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini
2 Negeri, 1 Wilayah Persekutuan Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 9 malam ini.

Menurut kenyataan, beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan di WP Labuan diramal hujan.

"Di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kapit (Belaga), Miri (Telang Usan) dan Limbang.

" Manakala di Sabah pula termasuk Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu)," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Baca juga:

Tahun Baharu Cina: Senarai Lokasi Smart Lane PLUS

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Carlo Rino Rai Rekaan Masa Dan Detik Elegan Dengan Koleksi Jam Tangan 2026
Jenama fesyen dan gaya hidup tempatan terkemuka, Carlo Rino, memperkenalkan Koleksi Jam Tangan Januari 2026, sebuah penambahan eksklusif dalam rangkaian bermusim jenama itu yang menggabungkan rekaan klasik dengan sentuhan sofistikasi moden.

Direka dengan teliti untuk melengkapkan gaya harian mahupun penampilan acara istimewa, koleksi ini tampil sesuai untuk individu yang menghargai perincian halus, gaya yang kekal relevan serta versatiliti tanpa usaha.

Koleksi ini menandakan lembaran baharu keanggunan dengan pengenalan tiga rekaan jam tangan unik khas buat rakyat Malaysia pada tahun baharu ini. Daripada gaya berani dan kontemporari Novara, ke rekaan ringkas dan minimalis Solea, serta sentuhan klasik hangat Marlowe, setiap jam direka dengan estetika bersih dan kemasan berkualiti tinggi yang mampu menaikkan penampilan, tanpa mengira musim.

Jam tangan Novara tampil menonjol dengan tali keluli tahan karat berkilat serta penanda minimalis yang menyerlahkan keyakinan bergaya. Warna dail yang dalam dan berani menghasilkan kontras menarik, mencerminkan karakter sofistikasi moden. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu maroon dan turquoise, Novara sesuai untuk pemakai kontemporari yang menggemari gaya elegan. Jam tangan ini dijual pada harga RM519 di semua butik Carlo Rino.

Jam tangan Novara tampil menonjol dengan tali keluli tahan karat berkilat serta penanda minimalis yang menyerlahkan keyakinan bergaya. Warna dail yang dalam dan berani menghasilkan kontras menarik, mencerminkan karakter sofistikasi moden. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu maroon dan turquoise, Novara sesuai untuk pemakai kontemporari yang menggemari gaya elegan. Jam tangan ini dijual pada harga RM519 di semua butik Carlo Rino.

Marlowe pula memancarkan aura klasik yang hangat dengan tali kulit coklat lembut serta bezel berhias kristal yang memberikan sentuhan mewah secara sederhana. Rekaan berinspirasikan vintaj ini digabungkan dengan perincian moden, menjadikannya seimbang antara klasik dan kontemporari. Marlowe sesuai untuk mereka yang menghargai ketelitian dan gaya berasaskan perincian. Jam ini berharga RM399, dan kini ditawarkan pada harga promosi RM279.30 untuk tempoh terhad.

Keseluruhan Koleksi Jam Tangan Januari 2026 kini boleh didapati di semua butik dan cawangan Carlo Rino di seluruh negara. Bagi yang gemar membeli-belah secara dalam talian, koleksi ini juga boleh dibeli menerusi laman web rasmi Carlo Rino serta platform e-dagang seperti TikTok Shop, Shopee dan Lazada.

Eco-Shop Lancar Kempen Jelajah Kasih Bersama Kechara Soup Kitchen
Eco-Shop melancarkan Jelajah Kasih Bersama Eco-Shop, sebuah inisiatif perayaan selama sebulan bermula dari 9 Februari hingga 10 Mac 2026, yang menghubungkan sambutan Tahun Baharu Cina dan Ramadan melalui semangat kebersamaan serta amalan memberi kembali kepada komuniti.

Menerusi kolaborasi pertamanya bersama Kechara Soup Kitchen, peruncit ultra-mampu milik ini akan menyumbangkan pek penjagaan barangan keperluan kepada 10 rumah kebajikan warga emas sepanjang tempoh perayaan, sebagai usaha menyokong golongan kurang bernasib baik agar mereka turut dapat merasai kemeriahan musim perayaan.

Selain itu, kempen ini turut menampilkan penambahan ketara rangkaian barangan asas di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), dengan lebih 60 produk keperluan tambahan ditawarkan bagi membantu isi rumah mengurus persiapan perayaan serta keperluan harian, terutamanya dalam tempoh yang sering mencabar dari segi kewangan.

“Di Eco-Shop, kami memahami bahawa musim perayaan bukan sahaja membawa kegembiraan, tetapi juga tekanan kewangan kepada sesetengah keluarga,” kata Jessica Ng, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Eco-Shop Malaysia.

“Menerusi Jelajah Kasih Bersama Eco-Shop serta sokongan berterusan kami terhadap inisiatif SARA, kami berharap dapat meringankan beban tersebut dengan memastikan barangan keperluan kekal mampu milik, sambil menggalakkan rakyat Malaysia untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.”

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Eco-Shop akan menyumbangkan pek penjagaan keperluan asas kepada National Council Of Senior Citizens Organisations, Pusat Jagaan Murni Bahagia, Pusat Jagaan Taman Firdaus (Cawangan Bukit Siput), Pusat Jagaan Laman Kasih Ayden, Pusat Jagaan Sri Kenanga, Pertubuhan Kesihatan dan Kebajikan Umum Malaysia, Pusat Jagaan Orang Tua Poh Link, Tong Sim Senior Citizens Care Centre, Amitabha Foundation Elder Home dan Pusat Jagaan Warga Emas Suria, bagi memastikan penghuni mendapat keperluan asas sepanjang musim perayaan.

Pelanggan juga boleh turut serta dalam inisiatif kebajikan ini menerusi Bakul Jelajah Kasih yang disediakan di cawangan Eco-Shop terpilih. Pelanggan hanya perlu membeli barangan keperluan di bawah program SARA, meletakkan sumbangan ke dalam tong khas, dan akan menerima satu hadiah percuma sebagai tanda penghargaan.

Rangkaian SARA yang diperluaskan, hasil kerjasama dengan Yayasan MyKasih, kini merangkumi lebih 60 barangan tambahan melangkaui pilihan sedia ada. Antara barangan ditawarkan termasuk beras, minyak masak, telur, makanan dalam tin, mi segera, minuman, serta pek bersaiz lebih besar bagi barangan keperluan harian, membolehkan pelanggan memaksimumkan manfaat insentif SARA.

Inisiatif Jelajah Kasih Bersama Eco-Shop dan rangkaian SARA yang diperluaskan ini boleh didapati di enam cawangan terpilih, iaitu Eco-Shop Gombak M3 Mall, Eco-Shop Gombak, Eco-Shop Segamat U Sentral, Eco-Shop Kuala Selangor, Eco-Shop Subang U9 dan Eco-Shop Banting.

“Walaupun Tahun Baharu Cina dan Ramadan berbeza dari segi tradisi, kedua-duanya berkongsi nilai yang sama iaitu kebersamaan, keprihatinan dan semangat memberi,” tambah Jessica.

“Dengan menggabungkan barangan keperluan mampu milik dan peluang untuk berkongsi, kami berharap Jelajah Kasih Bersama Eco-Shop menjadi peringatan bahawa nilai kasih sayang dan kebersamaan wajar menjadi sebahagian daripada setiap perayaan.”

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti Eco-Shop di Facebook (EcoShopMarketing), Instagram (ecoshop_my), TikTok (@ecoshopmalaysia) dan XHS (eco-shop MY).

Tahun Baharu Cina: Senarai Lokasi Smart Lane PLUS
Tahun Baharu Cina: Senarai Lokasi Smart Lane PLUS

Kurang seminggu lagi, masyarakat Cina di Malaysia akan merayakan perayaan Tahun Baharu Cina pada 17 dan 18 Februari ini. Sudah tentu, trafik dijangka melonjak bersempena cuti perayaan ini.

Menurut PLUS Malaysia Berhad dalam satu kenyataan, menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan pada Tahun Baharu Cina kali ini.

Bagi mengurangkan kesesakan trafik di laluan utama Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), sebanyak 32 lokasi Smart Lane akan diaktfikan.

Berikut adalah senarai lengkap lokasi Smart Lane di sepanjang lebuhraya PLUS.

Senarai 32 Smart Lane PLUS

Wilayah Utara

Bertam hingga Sg. Dua (KM120.6 hingga KM128.0 Arah Selatan)

Bukit Tambun hingga Plaza Tol Juru (KM150.4 hingga KM146.4 arah Utara)

Hentian Sebelah Sg. Bakap hingga Jawi (KM159.3 hingga 162.7 arah Selatan)

Changkat Jering hingga Hentian Sebelah Taiping (Utara) (KM303.2 hingga KM297.0 arah Utara)

Ipoh Selatan hingga Simpang Pulai (Arah Selatan) (KM279.8-KM286.7)

Wilayah Tengah

Gua Tempurung hingga Gopeng (KM303.2 hingga KM297.0 arah Utara)

Gopeng hingga Tapah (KM308.0 hingga KM312.0 arah Selatan)

Slim River hingga Sungkai (KM367.3 hingga KM354.0 arah Selatan)

Sungkai hingga Slim River (KM354.0 hingga KM356.0 arah Selatan)

Kawasan Rehat & Rawat Rawang Hingga Sg. Buaya (KM439.5 hingga KM435.5 arah Utara)

Hentian Sebelah Rawang hingga Rawang (KM437.1 hingga KM443.3 arah Selatan)

Bukit Beruntung hingga Sg Buaya (KM429.0 hingga KM434.0 SB)

Setia Alam hingga Shah Alam (KM4.3 hingga KM8.1 arah Utara)

Shah Alam hingga Setia Alam (KM8.4 hingga KM7.0 arah Selatan)

Susur keluar Petron, NKVE hingga Subang (KM11.2 hingga KM13.3 arah Utara)

Nilai hingga Kawasan Rehat & Rawat Seremban (KM280.0 hingga KM276.0 arah Selatan)

Putra Mahkota hingga Southville (KM289.4 hingga KM292.6 arah Utara)

Southville hingga Putra Mahkota (KM289.5 hingga KM293.5 arah Selatan)

Restoran Jejantas USJ hingga Seafield (KM8.2 hingga KM5.4 arah Utara)

Bandar Saujana Putra hingga Putra Heights (KM16.3 hingga KM13.2 arah Utara)

Putra Heights hingga Bandar Saujana Putra (KM13.8 hingga KM15.7 arah Selatan)

Lingkaran Putrajaya (KM P3.0 hingga KM4.0 arah Timur)

Ebor (S) hingga Shah Alam (KM4.6 hingga KM4.0 arah Utara)

Kawasan Rehat & Rawat Dengkil hingga Putrajaya (KM22.9 hingga KM21.0 arah Utara)

Baca juga:

Krismas: Ini Senarai Lokasi Kamera AwAs Sepanjang Lebuhraya PLUS

Wilayah Selatan

Port Dickson hingga Seremban (KM259.6 hingga KM263.1 arah Utara)

Ayer Keroh hingga Hentian Sebelah Kg. Bemban (KM194.5 hingga KM184.0 arah Selatan)

Senai hingga Kulai (KM19.0 hingga KM27.0 arah Utara)

Dato’ Onn hingga Pasir Gudang (KM4.5 hingga KM1.9 arah Selatan)

Pandan hingga Kempas (KM0.4 hingga KM6.0 arah Utara)

Pedas Linggi hingga Senawang (KM244 hingga KM248.5 arah Utara)

Tangkak hingga Jasin (KM174 hingga KM180.2 arah Utara)

Simpang Ampat hingga Pedas Linggi (KM230.0 hingga KM235.0 arah Utara)

Selamat merancang perjalanan anda dan semoga anda tiba di destinasi dengan selamat.

Rekod Pertama Di Semenanjung, Kenali Kumbang Permata "Amorphosoma Danulkae"
Rekod Pertama Di Semenanjung, Kenali Kumbang Permata "Amorphosoma Danulkae"

Di dunia yang luas dan penuh misteri ini, sebenarnya ada banyak spesies haiwan dan serangga yang masih wujud di sekeliling kita, tetapi jarang sekali diketahui orang ramai.

Ada yang hidup jauh di dalam hutan tebal, ada juga yang aktif pada waktu malam, malah tidak kurang yang saiznya terlalu kecil hingga sukar dikesan dengan mata kasar.

Walaupun kelihatan asing dan kadang-kadang pelik, setiap spesies ini memainkan peranan penting dalam ekosistem.

Spesies "jewel beetle" terbaharu ditemui di Malaysia

Dunia entomologi tempatan baru-baru ini mencatat satu lagi pencapaian penting apabila satu spesies kumbang permata (jewel beetle) baharu, amorphosoma danulkae telah direkodkan secara rasmi dari Semenanjung Malaysia.

Menerusi hantaran Malaysia Biodiversity Information System - MyBIS di Facebook, spesies ini dianggap penemuan bermakna kerana merupakan rekod pertama genus Amorphosoma bagi kawasan Semenanjung Malaysia.

Menariknya, spesimen pertama atau holotip sebenarnya telah dikumpulkan lebih dua dekad lalu, iaitu antara 17 Januari hingga 18 Februari 1998 sebelum dikenal pasti dan disahkan sebagai spesies baharu.

Ia mudah dikenali berbanding spesies lain dalam kumpulan yang sama

Menurut MyBIS, kumbang tersebut ditemui di kawasan hutan tebal sekitar Tapah, Perak, khususnya di bahagian barat laut Air Terjun Lata Iskandar pada ketinggian kira-kira 730 meter dari aras laut.

Difahamkan, spesies ini telah dideskripsikan secara rasmi oleh Dr. Ľubomír Vidlička dari Akademi Sains Slovakia.

Nama spesies danulkae pula diberikan sebagai tanda penghormatan kepada Danuľka Gabzdilová, cucu kepada penemu spesies ini, Rudolf Gabzdil.

Dari segi ciri fizikal, Amorphosoma danulkae memiliki badan berwarna ungu metalik berkilat, dengan dua bonggol (tubercle) yang jelas pada sayapnya.

Selain itu, bahagian belakang badannya turut dilitupi bulu putih panjang, menjadikannya mudah dikenali berbanding spesies lain dalam kumpulan yang sama.

"Penemuan ini telah diterbitkan dalam jurnal Entomofauna carpathica (2025) dan merupakan rekod pertama genus Amorphosoma bagi kawasan Semenanjung Malaysia," ujar hantaran itu lagi.

Baca juga:

Cemerlang Luar Biasa, Pelajar Hafizah Raih CGPA 3.99, Berjaya Khatam Al-Quran 10 Kali Dalam 7 Bulan

Sungai Kembali Dicemari Sampah, Setahun Selepas Dibersihkan Aktivis
Sungai Kembali Dicemari Sampah, Setahun Selepas Dibersihkan Aktivis

Jika mengikuti kumpulan aktivis alam sekitar dari Indonesia, Pandawara, kita dapat melihat banyak sungai di negara terbabit telah dibersihkan oleh mereka.

Tidak kira di ceruk mana dan sekotor apa pun sungai tersebut, mereka tetap membersihkannya demi memastikan persekitaran di negara tersebut tidak terus tercemar.

Bagaimanapun, perkongsian terbaru dari kumpulan itu mendapat perhatian ramai kerana salah satu sungai yang dibersihkan oleh mereka setahun lalu kini kembali 'seperti asal'.

Sungai tersebut sudah tidak kelihatan seperti sungai kerana dipenuhi sampah sarap.

Baca juga:

Anak Muda Indonesia & Malaysia Bergabung Tenaga, Bersihkan Pantai Di Kuala Terengganu

Sungai kembali kotor

"Tepat pada setahun yang lalu, kami habiskan Rp100,000,000 (sekitar RM23,369) untuk membersihkan sungai ini. Kami kembalikan sungai ini menjadi normal.

"Hari ini, sungai ini kembali kotor. Secara tidak langsung, kami membazir duit Rp100,000,000," kata salah seorang ahli kumpulan tersebut.

Menurutnya lagi, mereka menyangka bahawa pembersihan yang dilakukan pada 2025 itu boleh menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan penjagaan sungai.

"Untuk anda semua yang melihat video ini. Tenang, kami tidak akan ajak anda semua untuk bersihkan dan kita tidak akan tularkan kembali tempat ini, tapi kami mengajak anda semua untuk berfikir menggunakan akal yang Tuhan berikan kepada anda semua," katanya dalam nada kecewa.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut kecewa melihat keadaan sungai terbabit.

"Apa pun usahanya, tanpa kesedaran penduduk, ia akan sama saja," kata seorang netizen.

"Perlu ada peraturan dan tindakan tegas, jika tidak orang ramai akan terus membuang sampah sesuka hati," kata seorang lagi.

Operasi Pembenihan Awan Di Tiga Negeri Bermula Esok - Ahmad Zahid
Operasi Pembenihan Awan Di Tiga Negeri Bermula Esok - Ahmad Zahid

KUALA NERUS, 10 Feb (Bernama) -- Beberapa operasi pembenihan awan akan dilaksanakan di tiga negeri iaitu Johor, Kedah dan Perak mulai esok hingga Ahad (15 Feb) ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata operasi pembenihan awan itu dibuat berikutan paras air beberapa empangan di negeri tersebut semakin menyusut disebabkan cuaca panas yang berterusan.

“Sekarang ini kita sedang mengalami musim Monsun Barat Daya. Meskipun (paras air di empangan) hanya di peringkat amaran tetapi kita tidak mahu tunggu sampai ke peringkat kritikal baru hendak berusaha,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Penggulungan Permukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Syarikat Milikan Agensi Tahun 2026, di sini, hari ini.

Baca juga:

Sultan Selangor Tidak Berkenan Penternakan Babi Dijalankan Di Selangor

Gaji Cepat Susut? DOSM Dedah 3 Perkara Paling Banyak Rakyat Malaysia Belanja

Ini Yang Akan Berlaku Bila Malaysia Jadi Negara Tua

Tiga Kampung Indonesia Masuk Malaysia, Pakar Kongsi Implikasi Terhadap Negara

“Nama Klasik Semakin Kurang,” Ini Trend Terkini Nama Anak Paling Popular Di Malaysia

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata lokasi yang terlibat dengan operasi pembenihan awan tersebut ialah Empangan Upper Layang, Empangan Pulai 1 dan Empangan Machap di Johor, masing-masing akan dilakukan pada esok, Khamis dan Ahad.

Pada Jumaat dan Sabtu pula, katanya, lokasi yang terlibat ialah Empangan Pedu, Empangan Muda dan Empangan Ahning di Kedah serta Empangan Bukit Merah di Perak.

Gaji Cepat Susut? DOSM Dedah 3 Perkara Paling Banyak Rakyat Malaysia Belanja
Gaji Cepat Susut? DOSM Dedah 3 Perkara Paling Banyak Rakyat Malaysia Belanja

Setiap bulan, boleh dikatakan rakyat Malaysia banyak berbelanja. Namun, tidak ramai yang benar-benar sedar ke mana sebenarnya wang itu dibelanjakan.

Biarpun pendapatan berbeza mengikut isi rumah, corak perbelanjaan menunjukkan persamaan yang menarik dan konsisten.

Perkara ini dapat dilihat menerusi data Laporan Indikator Kos Sara Hidup 2024 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Menerusi laporan tersebut, DOSM mendedahkan terdapat beberapa keperluan yang menyerap sebahagian besar perbelanjaan isi rumah setiap bulan secara konsisten.

Kos Rumah, Bil Paling Tinggi

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, perbelanjaan berkaitan perumahan dan bil utiliti masih menjadi komitmen terbesar.

Gambar hiasan. Kredit: Bernama

Menariknya, semakin ramai ahli dalam satu isi rumah, semakin kecil bahagian perbelanjaan yang diperuntukkan untuk kos rumah dan bil.

Isi rumah perseorangan memperuntukkan 31.8 peratus untuk perumahan dan bil, berbanding 21.1 peratus bagi isi rumah empat orang dan ke atas.

Dari segi jumlah, isi rumah perseorangan membelanjakan sekitar RM1,168 sebulan untuk perumahan dan bil, manakala isi rumah besar membelanjakan kira-kira RM1,316.

Baca juga:

“Nama Klasik Semakin Kurang,” Ini Trend Terkini Nama Anak Paling Popular Di Malaysia

Enam Planet 'Sederet', Ini Tarikh Penting Fenomena Langit Februari 2026

Jangan Keliru, Ini Beza Imbasan CT & MRI

"Kos RM1 Jumpa Doktor," Wanita Kongsi Cara Jimat Buat Pemeriksaan Kesihatan

Bertahun Guna Simpanan Sendiri Hadapi Banjir, Setelah Perubahan Senyap, Ini Pula Yang Orang Kampung Dapat

Restoran Dan Penginapan Semakin Ketara

Perbelanjaan untuk restoran dan perkhidmatan penginapan turut mencatat peratusan yang tinggi.

Gambar hiasan. Kredit: Bernama

Isi rumah perseorangan membelanjakan sekitar 15.3 peratus daripada perbelanjaan bulanan, bersamaan RM562.

Bagi isi rumah empat orang dan ke atas, peratusan meningkat kepada 17.6 peratus, dengan jumlah sekitar RM1,098 sebulan.

Corak ini menunjukkan kecenderungan perbelanjaan di luar rumah semakin menjadi kebiasaan.

Belanja Makan, Minum

Walau apa jua keadaan ekonomi, makanan dan minuman kekal sebagai keperluan asas.

Gambar hiasan. Kredit: Bernama

Isi rumah perseorangan memperuntukkan sekitar 14.5 peratus perbelanjaan bulanan untuk kategori ini, bersamaan kira-kira RM533.

Bagi isi rumah empat orang dan ke atas, peratusan meningkat kepada 16.0 peratus, dengan purata perbelanjaan sekitar RM998 sebulan.

Data ini menunjukkan peningkatan keperluan makanan selari dengan pertambahan ahli isi rumah.

Secara keseluruhan, data menunjukkan purata perbelanjaan bulanan isi rumah perseorangan adalah RM3,676 dengan purata perbelanjaan isi rumah empat orang dan ke atas sekitar RM6,237 sebulan.