Tiada Kategori

ZUS BUDDY: Koleksi Comel Yang Ajar Kita Tak Apa Untuk Rasa Sedih, Letih & Cemas

Azmil

KUALA LUMPUR, 16 Jun 2025 – Pernah rasa macam tak tahu nak hadap hari, tapi tak tahu nak luah? ZUS COFFEE faham perasaan tu. Sebab tu mereka lancarkan kempen paling jujur tahun ini – ZUS BUDDY: It’s OKAY to Feel Emotions, satu koleksi edisi terhad yang mula dijual hari ini, 16 Jun 2025.

Kempen ini bukan sekadar nak jual patung comel. Ia nak sampaikan satu mesej penting – tak apa kalau kau rasa penat, cemas atau tak okay langsung.

Sepanjang enam minggu, ZUS akan ketengahkan satu emosi setiap minggu, bermula dengan “Anxiety” – satu rasa yang makin ramai orang alami, tapi jarang dibincangkan. Dalam bentuk figura comel, setiap ZUS BUDDY jadi pengingat bahawa kita semua manusia, dan perasaan kita valid.

“ZUS BUDDY bukan sekadar koleksi mainan. Ia cermin kepada perasaan kita. Kadang kita gembira, kadang kita sekadar nak survive hari tu. Tapi yang penting, kita kena terus jadi diri sendiri – tanpa perlu pakai topeng senyum palsu,” – Venon Tian, COO ZUS COFFEE.

Siapa ZUS BUDDY Ni?

Koleksi ni ada enam karakter:

Blue Buddy

Pinky Boo

Frappe Fren

Bean Boss

Porta Pal

Choco Chipster

Dan satu karakter rahsia yang buat koleksi ni makin menarik untuk diburu!

Macam Mana Nak Dapat? Di kedai fizikal ZUS: Beli minuman bernilai minimum RM25, dan anda akan dapat satu ZUS BUDDY secara rawak.

Online di shop.zuscoffee.com: Boleh beli terus satu set penuh dalam kotak (6 karakter).

Dan untuk peminat barangan lifestyle ZUS – ada juga Reusable Straw Set comel dengan stopper bentuk ZUS BUDDY. Eksklusif hanya di Shopee, Lazada & TikTok Shop ZUS.

Nak sedapkan hati sendiri? Atau nak hadiahkan kawan yang tengah down? Koleksi ZUS BUDDY ni bukan je comel – tapi penuh makna. Sebab dalam dunia yang suruh kita senyum 24 jam, ZUS BUDDY ada untuk ingatkan kita: rasa tu tak salah. Kau okay. Dan kau tak keseorangan.