Zurich Malaysia Sertai Barisan Liga 7×7 All Stars 2025 sebagai Rakan Penaja Utama
Kuala Lumpur, 19 Jun 2025 – Liga X Sdn. Bhd. (Liga X) secara rasminya mengumumkan Zurich Malaysia (Zurich) sebagai Rakan Penaja Utama bagi Zurich Liga 7×7 All Stars 2025 – sebuah festival bola sepak dan gaya hidup yang akan berlangsung pada Sabtu, 19 Julai 2025 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Lebih daripada sekadar kejohanan bola sepak, Zurich Liga 7×7 All Stars 2025 bakal menampilkan aksi perlawanan yang mendebarkan, persembahan muzik secara langsung, serta pelbagai aktiviti untuk komuniti, bagi mencipta pengalaman yang sukar dilupakan.
Pengumuman ini dibuat dalam satu sidang media yang berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur, yang dihadiri oleh Junior Cho, Ketua Pegawai Eksekutif Negara Zurich Malaysia dan Adam Azman, Pengarah Liga X, bersama tokoh berpengaruh seperti Khairy Jamaluddin, lagenda bola sepak negara Safee Sali, serta barisan atlet profesional dan pempengaruh.
Kerjasama ini menzahirkan matlamat bersama antara Zurich dan Liga X untuk menjadikan bola sepak sebagai platform menyatukan masyarakat, menggalakkan gaya hidup sihat, dan menyumbang kepada impak jangka panjang kepada komuniti setempat.
Adam Azman, Pengarah Liga X Sdn. Bhd. berkata, “Kami amat berbesar hati mengalu alukan Zurich Malaysia sebagai Rakan Penaja Utama sempena penampilan sulung mereka bersama kami. Komitmen mereka terhadap komuniti sejajar dengan aspirasi kami dalam membina impak bermakna di persilangan antara sukan dan budaya. Melalui kerjasama ini, kami ingin menunjukkan bagaimana bola sepak boleh menjadi platform yang berpengaruh untuk menyatukan masyarakat, meraikan jaguh tempatan, dan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan menerusi acara yang menggabungkan sukan, budaya dan komuniti.”

“Bola sepak mempunyai keupayaan tersendiri untuk menyatukan masyarakat. Sukan ini membina kepercayaan, memupuk daya tahan dan mencipta detik-detik bermakna yang kekal dalam ingatan sepanjang hayat. Di Zurich Malaysia, inilah asas nilai We Care yang kami perjuangkan – untuk sentiasa berada di sisi pada setiap detik penting dan membantu masyarakat di setiap fasa kehidupan mereka. Kolaborasi bersama Liga X mencerminkan komitmen ini. Menerusi Zurich Liga 7×7 All Stars 2025, kami bukan sekadar meraikan perlawanan bola sepak, tetapi turut melabur dalam pembangunan komuniti yang lebih sihat dan berdaya tahan, sambil memperjuangkan masa hadapan supaya rakyat Malaysia dapat melindungi segala perkara yang bermakna dalam kehidupan mereka.” ujar Junior Cho, Ketua Pegawai Eksekutif Negara Zurich Malaysia.
Barisan pasukan bagi Zurich Liga 7×7 All Stars 2025 menampilkan empat pasukan unggul yang diterajui oleh tokoh-tokoh ternama dan diketuai oleh lagenda bola sepak, iaitu: • Team Bangsa Bola -Dikendalikan oleh Tan Sri Nazir Razak, diketuai oleh John Terry • Team Zurich – Diterajui oleh Junior Cho, menampilkan Dimitar Berbatov • Team Wizards – Dikendalikan oleh Khairy Jamaluddin, diketuai oleh Ryan Giggs • Team Harimau – Dipimpin oleh Tan Sri Tony Fernandes, dengan Safee Sali sebagai ketua pasukan
Selain aksi bola sepak yang dinanti-nantikan, para pengunjung turut berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari. Acara akan dimulakan dengan larian komuniti pada waktu pagi yang diketuai oleh Challo Sports Club dan Wondermiles, diikuti dengan pelbagai aktiviti kecergasan yang lain. Zon Festival, yang dikurasi bersama
Friends of Markas x Pasar Seloka, akan menampilkan makanan artisanal, muzik, pelancaran barangan eksklusif, serta persembahan secara langsung.
Zurich Liga X 7×7 All Stars 2025 direalisasikan melalui sokongan padu daripada barisan rakan kolaborasi rasmi berikut:
Media Prima Berhad – Rakan Media Rasmi
EON Berhad – Rakan Mobiliti Rasmi
AirAsia MOVE – Rakan Perjalanan Rasmi
Santan – Rakan Makanan & Minuman Rasmi
Kovra – Rakan Pakaian Rasmi
Hausboom – Rakan Isotonik Rasmi
Markas x Pasar Seloka – Rakan Festival Rasmi
Challo Sports Club – Rakan Rekreasi Rasmi
GamesMY Esports – Rakan E-sukan Rasmi
Super Safee Soccer School – Rakan Pembangunan Belia Rasmi • Masta Studios – Rakan Kreatif Rasmi
TixShack – Rakan Penjualan Tiket Rasmi
Tiket kini boleh didapati di www.ligax.com.my, manakala pas Meet & Greet eksklusif di MOVETIX akan ditawarkan tidak lama lagi melalui MOVETIX di aplikasi AirAsia MOVE, di mana peminat berpeluang bertemu lagenda bola sepak seperti John Terry, Dimitar Berbatov, Ryan Giggs dan bintang tempatan Safee Sali untuk sesi bergambar, tandatangan, dan pelbagai lagi.