Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah mengeluarkan maklumat berkenaan jumlah pecahan kes mengikut negeri setakat jam 12 pm, 28 April 2020.
Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan oleh KKM, terdapat 12 daerah yang masih kekal sebagai zon merah berdasarkan bilangan kes aktif.
Pun begitu, KKM telah mengesahkan bahawa terdapat pertambahan kepada 85 kawasan yang telah dikategorikan sebagai zon hijau.
Dalam pada itu juga, dimaklumkan bahawa Kelantan merupakan negeri terbaru yang telah diklasifikasikan sebagai zon hijau. Walau bagaimanapun, negeri itu belum boleh diisytiharkan sebagai bebas Covid-19.
Sehubungan dengan itu, KKM ingin mengingatkan kepada orang ramai agar terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ini di Malaysia.
Sumber: KKM