
Selepas episod pembukaan bersama trio alt-pop IamNEETA di Shah Alam, Kamar Irama kembali dengan bab kedua, membawa penonton merasai denyut City of Elmina. Dibawakan oleh PropertyGuru Malaysia, siri digital ini terus menyorot hubungan antara muzik dan ruang, sambil meraikan bagaimana persekitaran harian mampu membangkitkan memori, menghubungkan komuniti, dan mencipta rasa kebersamaan.
Episod ini menampilkan Zee Avi & The Good Things, menghidupkan semula lokasi kenangan mereka di Elmina, di mana mereka pernah membuat persembahan pertama sebagai kolektif di Yayasan Sime Darby Arts Festival pada Ogos lalu. Anggota kumpulan termasuk Zee Avi, Raja Farouk, Abdul Karim dan Yuswa Ansari.
Kali ini, mereka mempersembahkan lagu baharu Oyasumi Na Sayang berinspirasikan disko, sambil mengembara menaiki Volkswagen Kombi vintaj. Mercu tanda seperti Elmina Bridge, Urban Park, Elmina Lakeside Mall dan Water Walk dijadikan pentas hidup bagi rakaman perjalanan muzik mereka.
“Dengan Kamar Irama, kami mahu tunjukkan bagaimana kejiranan boleh menjadi ruang hidup,” kata Kar Wai Low, Pengarah Pemasaran Negara, PropertyGuru & iProperty. “Di Elmina, keluarga berkumpul, anak-anak bermain, ibu bapa berehat. Muzik Zee Avi menangkap ritma kehidupan harian dan hubungan komuniti secara semula jadi.”
Zee Avi pula berkongsi, “Beraksi di Elmina lagi memang dekat di hati. Menghidupkan visi disko kami di lokasi sama dengan persembahan pertama The Good Things terasa seperti pulang ke rumah. Muzik dan ruang memang sentiasa saling berkait. Kerjasama dengan PropertyGuru Malaysia beri kami peluang kongsi tenaga dan kreativiti ini dengan lebih ramai penonton.”
Kamar Irama Episod 2 boleh diterokai melalui pelbagai platform:
YouTube: Persembahan penuh Oyasumi Na Sayang & perjalanan meronda kejiranan
TikTok, Facebook, Instagram: Sedutan eksklusif persembahan & momen belakang tabir bersama Zee Avi & The Good Things
Kesemuanya membentuk ‘album digital’ yang merakam kisah dan jiwa kejiranan-kejiranan Malaysia.
Tontoni persembahan penuh di sini dan perjalanan kejiranan di sini di YouTube PropertyGuru Malaysia dan House of Karyawan.