Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah bagi mempersembahkan cadangan-cadangan yang telah dicapai dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri semalam.
Susulan itu, Baginda telah berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menerusi kenyataan media Istana Negara yang dikongsikan oleh Bernama TV, Baginda juga menasihatkan seluruh rakyat supaya bertenang, tidak panik dan bersabar dalam menghadapi situasi terkini sementara menunggu keputusan mengenai cadangan-cadangan tersebut.


Sumber: Bernama TV