yayasan mr d.i.y
Salah satu papan tanda baru.
Tiada Kategori

Yayasan MR D.I.Y Tingkatkan Keselamatan Dan Keselesaan Pendaki Di Bukit Kutu

Nurul Naqiyah

Yayasan MR D.I.Y Tingkatkan Keselamatan Dan Keselesaan Pendaki Di Bukit Kutu

KUALA LUMPUR, 21 October 2024 – Pendaki di laluan popular Bukit Kutu di Kuala Kubu Bharu, Selangor kini menikmati pengalaman pendakian yang lebih selamat dan selesa, hasil usaha Yayasan MR D.I.Y..

Yayasan tersebut telah bekerjasama dengan pasukan dari Jabatan Perhutanan, Malim Gunung Perhutanan Selangor, serta 30 orang sukarelawan, untuk memasang sembilan papan tanda di sepanjang titik pemeriksaan laluan pendakian Bukit Kutu, dan membersihkan laluan tersebut bagi memastikan ia kekal selamat untuk para pendaki.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y., Zaleha Mohd Mydin semasa menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua peserta kerana telah menjayakan usaha tersebut berkata, “Keutamaan kami sebagai cabang amal peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y., adalah untuk memberi impak positif kepada kehidupan rakyat Malaysia; menjadi jiran yang baik. Salah satu cara kami melakukannya ialah dengan memastikan lokasi rekreasi yang popular dijaga dengan baik supaya lebih ramai orang dapat menikmatinya.”

Beliau menambah, “Bukit Kutu adalah laluan pendakian yang terkenal dan wajib dikunjungi oleh pendaki di Malaysia. Usaha hari ini yang merupakan sebahagian daripada inisiatif ‘Jiran Sejati, Sentiasa Di Sisi’ MR D.I.Y yang berterusan, bertujuan menyediakan persekitaran yang selamat, bersih dan mempunyai penunjuk arah yang baik untuk pendaki di Bukit Kutu. Kami berharap ini akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat dan membentuk Malaysia yang lebih sihat.”

yayasan mr d.i.y
Para sukarelawan Yayasan MR D.I.Y. membersihkan laluan pendakian Bukit Kutu.

Zaleha turut berterima kasih kepada Jabatan Perhutanan dan Malim Gunung Perhutanan Selangor kerana telah membimbing sukarelawan Yayasan tersebut sepanjang program ini.

Yayasan MR D.I.Y. telah ditubuhkan pada Jun 2023 untuk menguruskan aktiviti impak komuniti oleh Kumpulan MR D.I.Y, yang merangkumi program-program pemeliharaan alam sekitar, kesihatan dan kesejahteraan, pembangunan kapasiti, serta mempromosikan kekayaan seni dan budaya di Malaysia.

Pada tahun 2023, Yayasan ini telah menjalankan 175 program, memberi impak positif kepada lebih 58,000 individu. Yayasan ini juga telah dinobatkan sebagai Yayasan Terbaik Tahunan dalam Anugerah Semangat Komuniti Cemerlang oleh CSR Malaysia di Anugerah Kelestarian & CSR 2024.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif Yayasan MR D.I.Y., layari https://www.mrdiy.com/project?year=2024 dan ikutinya di saluran Facebook, Instagram, dan TikTok.