Seorang wanita hamil di Brisbane, Australia mendedahkan bahawa dia sangat obses dengan bau cecair Dettol sehingga dia ‘akan membaunya setiap hari’ dan bahkan sanggup untuk meminumnya jika selamat.
Luahan mengidam pelik tersebut didedahkan menerusi laman Facebook miliknya, sambil bertanyakan bahawa di mana dia boleh dapat membeli produk tersebut dalam jumlah yang besar.
Menurut portal Daily Mail, wanita tersebut mungkin menghidapi PICA, keadaan yang jarang berlaku yang dapat membuatkan orang cenderung untuk memakan makanan yang bukan makanan sekiranya mereka kekurangan vitamin dan mineral tertentu.
Sehubungan dengan itu, ibu yang hamil disarankan untuk berjumpa dengan doktor atau pakar ginekologi bagi mendapatkan bantuan menangani masalah tersebut.
Sumber: Daily Mail