Yaman pada hari ini mengumumkan jangkitan coronavirus pertama negara itu di wilayah timur negara Hadramout.
Jawatankuasa Yaman memberitahu melalui Twitter bahawa keadaan kesihatan pesakit stabil dan sedang mendapatkan rawatan perubatan.
Hadramout adalah wilayah terbesar Yaman dan berada di bawah kawalan kerajaan di tengah-tengah perang saudara yang berterusan.
Arahan perintah berkurung dikeluarkan sepanjang daerah Hadramout dari pagi Jumaat hingga Sabtu, bersama dengan penutupan pasaraya awam dan melarang semua jenis perhimpunan, kata pejabat media Hadramout.
Sejak wabak itu muncul di Wuhan, China Disember lalu, Coronavirus telah merebak kepada 184 negara dan wilayah, menurut data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University di Amerika Syarikat.
Setakat hari ini, lebih daripada 1.6 juta kes dilaporkan di seluruh dunia dengan angka kematian hampir 96,000 dan lebih daripada 355,000 pulih.
Sumber : Anadolu News