Masyarakat hari ini dilihat semakin terdedah kepada gejala despresi tidak mengira tingkat umur. Despresi boleh menyebabkan seseorang untuk bertindak di luar pemikirannya malah sehingga boleh menyebabkan kematian.
Penyakit despresi bukanlah sesuatu yang boleh diambil remeh, malah perlu diberikan perhatian sepenuhnya kepada individu yang mengalami masalah ini. Seperti yang dikongsikan oleh seorang individu di laman Facebook, pesakit despresi perlu diberi kawalan dan sokongan untuk melawan penyakit itu.