Tiada Kategori

Xiaomi Perkenal Mijia Front Load Washer Dryer 10.5kg

Nur Farra

Xiaomi, peneraju elektronik dan pembuatan pintar, terus mengukuhkan kredibilitinya dengan pelancaranMijia Front Load Washer Dryer 10.5kg, mesin basuh dan pengering 2-dalam-1.

Direka untuk memenuhi keperluan isi rumah moden, ia menawarkan kapasiti basuhan 10.5kg, pengeringan 7kg, dram besar 525mm serta integrasi aplikasi Xiaomi Home untuk kawalan pintar.

Ciri kebersihan seperti wap suhu tinggi, pembersihan dram automatik, gasket anti-bakteria nano dan semburan pintu automatik mampu menghapuskan sehingga 99.99% bakteria dan virus, selain menghalang habuk hama.

Harga & Promosi

Mijia Front Load Washer Dryer 10.5kg akan mula dijual di Malaysia pada 7 Ogos 2025 pada harga RM2,299 melalui kedai rasmi Xiaomi terpilih, mi.com, dan Xiaomi Official Store di Lazada. Pembeli awal boleh menikmati harga promosi RM1,499 untuk masa terhad, dan mulai 14 Ogos akan turut dijual di Shopee.

Setiap pembelian termasuk penghantaran dan pemasangan percuma di Semenanjung Malaysia, jaminan umum dua tahun dengan motor 12 tahun.

Dengan gabungan teknologi pintar, reka bentuk minimalis dan ciri penjagaan pakaian yang menyeluruh, Mijia Front Load Washer Dryer 10.5kg bukan sekadar mesin basuh, ia adalah penyelesaian lengkap untuk gaya hidup moden.