Kejam, Lelaki Gantung Kucing Depan Pagar Sebab Bengang Burung Peliharaannya Dikacau

Nur Farra

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Mengikut Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan, barang siapa yang bertindak kasar dengan memukul, menendang, mendera, mengabaikan atau meninggalkan mana-mana haiwan boleh didakwa atas kekejaman haiwan sehingga disabit kesalahan denda antara RM20,000 dan RM100,000 serta penjara tak lebih 3 tahun.

Terbaru, kes melibatkan seekor kucing dizalimi menarik perhatian netizen. Rata-rata mengeji tindakan tidak perikemanusian individu yang berbuat demikian.

Gambar yang dikongsi melalui Facebook Eryn Yusoff Nory menceritakan kejadian yang berlaku.

Sumber: Eryn Yusoff Nory