WITEX 2025 Mengtengahkan Inovasi Travel Tech Dan Fintech Dalam Sektor Pelancongan Islam
Gambar Hiasan
Tiada Kategori

WITEX 2025 Mengtengahkan Inovasi Travel Tech Dan Fintech Dalam Sektor Pelancongan Islam

Siti Sakinah

WITEX 2025 Mengtengahkan Inovasi Travel Tech Dan Fintech Dalam Sektor Pelancongan Islam

Kuala Lumpur, 11 Jun 2025 – Pameran World Islamic Tourism & Trade Expo (WITEX 2025) yang bakal berlangsung p a d a 22 hingga 25 Ogos 2025 di Sunway Resort Hotel, akan memberi tumpuan kepada perkembangan terkini dalam Teknologi Pelancongan (Travel Tech) dan Teknologi Kewangan (Fintech) yang sedang rancak merevolusikan industri pelancongan Islam Global. Sorotan khas akan diberikan kepada inovasi dalam Teknologi pelancongan dalam pengubalan package, serta penyelesaian fintech seperti e-dompet, gerbang pembayaran patuh Syariah, dan platform tempahan digital.

Dengan pertumbuhan pesat pelancongan Islam di peringkat global, WITEX 2025 berfungsi sebagai platform khusus untuk para pemain industri, pembangun teknologi, penyedia kewangan Islam, pengendali pelancongan dan badan pengawalselia untuk bekerjasama dalam menjadikan pelancongan Islam lebih pintar, selamat dan mudah diakses.

Fokus kepada Transformasi Digital Pembangunan Package Pengembaraan

Memandangkan perkembangan pesat pemasaran pakage pelancongan Islam tepat pada masanya WiTEX 2025 memberi penekanan kepada pengujung dan delegasi berpeluang untuk berinteraksi dengan penyedia teknologi yang menawarkan pengurusan para peserta pelancongan berasaskan Kecerdasan Buatan-Al, pemprosesan visa pintar, penjejakan peserta dalam masa nyata, pengalaman realiti maya (VR) serta aplikasi mudah alih untuk bimbingan d a n jadual perjalanan. Teknologi ini sedang mengubah cara umah sejagat melancong atau ziarah dengan lebih teratur dan selesa.

Fintech Pacu Kewangan Patuh Syariah dalam Pelancongan Islam

Penyelesaian Fintech turut menjadi tumpuan utama dengan demonstrasi secara langsung bagaimana e-dompet Islamik, sistem pendaftaran digital, transaksi rentas sempandan yang patuh Syariah, dan insurans pelancongan berasaskan blockchain kini mempermudah cara pelancong Islam membuat pembayaran, menempah perjalanan, dan melindungi diri semasa mengembara.

Peranan Fintech semakin penting dalam memastikan kaedah Pembayaran yang selamat, beretika dan tanpa sentuhan untuk pengguna daripada tempahan package hingga kecemasan kewangan semasa berada di luar negara

WITEX 2025 a k a n menerajui perbincangan mengenai bagaimana Teknologi Pelancongan dan Fintech mampu mentakrifkan semula bukan sahaja pengalaman pelancongan, tetapi juga cara umat Islami dapat menguruskan perjalanan pelancongan mereka dalam era digital. Kami menginte grasikan nilai-nilai Islam ke dalam inovasi teknologi – daripada dompet digital patuh Syariah hingga perancangan perjalanan melancong atau ziarah berasaskan kecerdasan buatan (Al). Ini adalah sempadan baharu dalam pelancongan Islam,” kata Dato’ Sri Dr. Mohd Khalid Harun, Pengerusi WITEX 2025 dan Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA).

Kerjasama Global & Sokongan Industri

WITEX 2025 dianjurkan d e n g a n kerjasama strategik daripada: * BRICS Tourism Alliance (BTA) * World Islamic Tourism Council (WITC) * Global Islamic Tourism Organisation (GITO) * The ASEAN Federation of Umrah & Hajj (AFUH)

Kerjasama ini bertujuan memperkasa pelancongan Islam melalui penggunaan teknologi mampan, jaringan serantau, dan dasar yang progresif.

Penaja Utama yang Menyokong Masa Depan Pelancongan Islam

Penganjuran WITEX 2025 tidak akan berjaya tanpa sokongan penaja termasuk: * Etiqa Takaful – Penaja Rasmi Fintech * Batik Air – Rakan Penerbangan Rasmi * Nexus DMC – Rakan Pengurusan Darat Rasmi serta ramai lagi rakan industri yang bersama menjayakan acara ini.

Mengapa Anda Perlu Hadir Ke WITEX 2025?

*Berpeluang berjejaringan dengan lebih 1,000 pembeli perdagangan global dan pemenang taruh. * Menyaksikan inovasi terkini dalam Travel Tech & Fintech Islamik * Sertai sesi kepimpinan industri, demonstrasi teknologi dan forum pelaburan *Terlibat dalam acara pelancongan & perdagangan Islam paling berpengaruh di dunia

Pemain industri, startup, pelabur dan penggubal dasar dalam sektor pelancongan dan kewangan Islamik dijemput untuk mengambil bahagian dan mempamerkan penyelesaian merekadi WITEX 2025.