Wisma Putra dalam satu kenytaan berkata pihaknya sentiasa memantau rapi segala perkembangan mutakhir di negara Eropah tersebut termasuklah kebajikan 20 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan di sana.
Ia termasuk 9 kakitangan kedutaan serta tanggungan yang beroperasi di Kyiv. Selain itu, kedutaan turut berhubung rapat dengan warganegara Malaysia di sana termasuklah dengan 2 orang pelajar.
Pada masa yang sama, pihak Wisma Putra mengesa mana-mana rakyat Malaysia yang masih berada di Ukraine dan tidak mendaftar lagi dengan pihak kedutaan agar segera berbuat demikian.
Langkah tersebut bagi membolehkan penyaluran bantuan konsular sekiranya berlaku situasi kecemasan luar jangka dan memastikan mereka dapat dihubungi serta selamat.
Semua rakyat Malaysia juga dinasihatkan agar memberi keutamaan tinggi kepada isu keselamatan diri termasuk dengan mematuhi segala arahan diberi oleh pihak berkuasa tempatan.
Warga Malaysia di Ukraine yang memerlukan perkhidmatan konsular, boleh menghubungi pihak Kedutaan Besar Malaysia yang beralamat di No.18, Arsenalna Streetm 01011 Kyiv.
Pejabat misi diplomatik tersebut boleh dihubungi terus menerusi telefon +380 442 855 271 atau talian khas selepas waktu pejabat pukul 5 petang hingga 8 pagi iaitu +380 988 387 885.

Sumber: Wisma Putra