
Tiada kes baharu positif jangkitan Covid-19 dilaporkan di wilayah Hubei, lokasi yang menjadi penularan wabak, menurut laporan Suruhanjaya Kesihatan pada Khamis.
Ini sekaligus menjadikan wilayah tersebut sebagai paling teruk terjejas di China, merekodkan pencapaian ‘bersih’ 33 hari berturut-turut tanpa kes baharu sejak 4 April lalu.
Walau bagaimanapun, wilayah berkenaan masih mempunyai 626 kes asimtomatik (tidak menunjukkan tanda dan gejala) yang diletakkan di bawah pemerhatian perubatan, setelah pertambahan 6 kes dan 13 kes dibebaskan dari kuarantin pada Rabu.
Difahamkan sebanyak 282,865 kontak rapak pesakit Covid-19 di wilayah berkenaan turut berjaya dikesan pada Rabu, manakala 1,118 daripada jumlah itu berada dalam pemerhatian rapi.
Secara keseluruhan, Hubei mencatatkan 68,128 kes jangkitan Covid-19, termasuk 50,333 kes di Wuhan, ibu kota Hubei.
Sumber: Xinhua