
WHO Minta Laporan, Kes Penyakit Pernafasan & Pneumonia Libatkan Kanak-kanak Meningkat Di China
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dilaporkan telah membuat pemintaan rasmi kepada China untuk mendapatkan laporan lengkap berkaitan peningkatan penyakit pernafasan atau jangkitan kluster pneumonia dalam kalangan kanak-kanak di negara tersebut.
Pada 13 November lalu, pihak berkuasa China dari Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan telah melaporkan berkenaan peningkatan penyakit pernafasan di China.
Menurut kenyataan itu, pihak berkuasa China telah mengaitkan pembukaan semula perintah kawalan pergerakan di negara tersebut sebagai peningkatan kes terbaru itu.
Mereka juga telah mengaitkan peningkatan penyakit itu dengan penyebaran patogen seperti influenza, mycoplasma pneumonia yang memberi kesan kepada anak-anak kecil.
Selain itu, pihak berkuasa juga telah menekankan keperluan untuk meningkatkan pengawasan penyakit dalam penjagaan kesihatan dan persekitaran komuniti.
Susulan penyebaran penyakit tersebut, WHO telah meminta maklumat lengkap termasuk keputusan makmat pesakit mengenai penyebaran patogen tersebut. Patogen yang dikesan adalah seperti selesema, Covid-19 dan RSV.
WHO juga meminta untuk kerajaan China memberi butiran tentang bagaimana penyebaran sedemikian boleh menjejaskan kapasiti penjagaan kesihatan mereka.
Dalam pada itu, pakar Fortune berkata pada Rabu lalu bahawa mereka telah menemui kes berkenaan dan meminta China untuk memberikan data berkenaan penemuan itu.
Dr Michael Osterholm, pengarah Pusat Penyelidikan dan Dasar Penyakit Berjangkit (CIDRAP) Universiti Minnesota berkata, penyakit itu mungkin berpunca daripada patogen yang sudah dikenal pasti.
Menurut Dr Michael perkiraan itu dibuat berdasarkan fakta bahawa penyakit tersebut hanya menyerang kanak-kanak.
“Jika ia adalah patogen terbaru, ia akan muncul pada kanak-kanak dan orang dewasa secara sama rata,” katanya kepada Fortune.
Fakta itu turut dipersetujui oleh Dr Amesh Adalja, pakar penyakit berjangkit dan sarjana kanan di Pusat Keselamatan Kesihatan Johns Hopkins.
Beliau memberitahu Fortune bahawa tidak menghairankan jika penemuan itu dikaitkan dengan pelbagai patogen yang menyebabkan jangkitan.
Katanya lagi, beberapa laporan telah menunjukkan bahawa mycoplasma pneumoniae adalah bakteria Atipikal yang berpotensi menyebabkan jangkitan paru-paru itu.
“Adalah penting untuk mendapatkan pandangan tentang patogen yang sedang diuji dengan hasil yang tersedia,” tambahnya.
Sejak pertengahan Oktober lalu, utara China telah merekodkan peningkatan penyakit seperti influenza yang dikesan sama seperti pandemik yang muncul dalam tempoh tiga tahun sebelum ini.
China dikatakan mempunyai sistem untuk mengesan maklumat tentang trend penyakit seperti influenza, RSV dan SARS-CoV-2.
BACA: Penularan Penyakit X Boleh Berasal Dari Pelbagai Sumber Termasuk Haiwan
Maklumat itu kemudiannya akan dilaporkan kepada platform seperti Sistem Pengawasan dan Tindak Balas Influenza Global.
Dalam pada itu, WHO turut mengesyorkan agar China mengikuti langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko penyakit tersebut termasuk menerima suntikan vaksinasi.
Ia termasuk, menjaga jarak selamat, duduk di rumah jika sakit serta mendapatkan ujian dan rawatan perubatan sekiranya perlu.