Beberapa kawasan di negeri-negeri di Malaysia hari ini diramal bakal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 5 petang hari ini dijangka akan melanda seluruh negeri Perlis dan Kedah yang melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Sik dan Baling.
Sementara itu, Kelantan iaitu di daerah Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang dan Terengganu di Besut dan Hulu Terengganu turut akan dilanda cuaca sama.
Tidak terkecuali Pahang iaitu di daerah Maran, Kuantan dan Pekan mengalami keadaaan cuaca tersebut.
Bagi negeri Sabah pula, ia melibatkan Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod dan Telupid).
Manakala, ribut petir dan hujan lebat juga dijangka akan melanda beberapa daerah sehingga jam 7 malam ini.
Bagi negeri Kedah, daerah yang terlibat ialah Kulim dan Bandar Baharu dan seluruh Pulau Pinang.
“Perak iaitu di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim juga diramal akan dilanda ribut petir dan hujan lebat,” kata MetMalaysia.
Tambah kenyataan itu lagi, Pahang iaitu di daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong serta Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang di negeri Selangor turut akan mengalami keadaan cuaca ribut petir dan hujan lebat.
Ia juga akan melanda seluruh WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.
Bagi Negeri Sembilan, antara daerah yang terlibat adalah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin, seluruh Melaka dan Johor iaitu di daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
Susulan ramalan cuaca ini, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati terutama bagi pemandu kereta dan penunggang motosikal yang pulang dari tempat kerja.
Sumber: MetMalaysia