
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa buah negeri sehingga jam 11 malam ini.
Amaran yang dikeluarkan pada jam 8.15 malam tadi menunjukkan terdapat lima buah negeri dan dua wilayah yang dijangka terlibat.
Antara negeri yang bakal terjejas ialah Pahang (Bentong, Temerloh dan Bera), Selangor (Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) serta seluruh negeri Melaka.
Negeri lain yang terlibat dengan amaran hujan lebat dan ribut petir ini ialah Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru).
Selain itu, seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya turut akan dilanda cuaca yang sama.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terutamanya bagi kawasan yang bakal dilanda ribut petir dan hujan lebat ini.
Sumber: MetMalaysia