Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 4 petang ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 1.25 tengah hari itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Perlis
Kedah: (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Kulim)
Perak: (Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim)
Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin)
Selangor
WP Kuala Lumpur
WP Putrajaya
Negeri Sembilan: (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin)
Melaka
Johor
Sarawak: Limbang (Lawas)
Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat)
WP Labuan
Orang ramai yang mempunyai urusan di luar pada tengah hari sehingga petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir.
Sumber: MetMalaysia