Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal akan melanda beberapa negeri sehingga jam 10 pagi ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), seluruh negeri Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Labuan dijangka akan dilanda cuaca buruk itu.
Selain itu, ribut petir dan hujan lebat juga dijangka akan melanda daerah Langkawi di Kedah dan daerah Manjung, Bagan Datuk serta Hilir Perak di Perak.
Bagi negeri Kelantan, daerah yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh, manakala di Terengganu pula daerah yang terlibat ialah Besut dan Setiu.
“Di negeri Selangor, daerah yang terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.
“Di Negeri Sembilan pula, daerah yang terlibat ialah Port Dickson dan Rembau,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan.
Tambahnya lagi, daerah Tangkak di Johor turut diramal akan dilanda ribut petir dan hujan lebat.
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengelak daripada berada di kawasan berisiko.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia