Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 4 dan 5 petang ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 1.45 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka dilanda ribut petir sehingga pukul 4 petang ini:
Sarawak: Limbang
Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat
Bagi kawasan yang dijangka dilanda ribut petir sehingga pukul 5 petang ini adalah seperti berikut:
Kedah: (Langkawi, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu)
Perak: (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar)
Johor: (Batu Pahat dan Pontian)
Sarawak: Kapit (Belaga)
Orang ramai yang keluar pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir.
Sumber: MetMalaysia