Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 5 petang ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 2.10 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka dilanda ribut petir sehingga pukul 5 petang ini:
Perlis
Kedah: (Langkawi)
Perak
Kelantan: (Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang)
Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin)
Selangor: (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat)
WP Kuala Lumpur
Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Sarawak: Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga) dan Limbang
Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu)
Orang ramai yang pulang daripada tempat kerja pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka diabadai ribut petir.
Sumber: MetMalaysia