Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 5 petang ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 2.30 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka dilanda ribut petir sehingga pukul 5 petang ini:
Perak: (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim)
Terengganu: (Hulu Terengganu, Marang dan Dungun)
Pahang: (Bentong, Pekan dan Rompin)
Selangor: (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat)
WP Kuala Lumpur
Negeri Sembilan: (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin)
Melaka
Johor
Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Betong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu (Tatau) dan Miri (Telang Usan)
Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan dan Kudat (Kota Marudu)
Orang ramai yang mempunyai aktiviti di luar dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir.
Sumber: MetMalaysia