Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribu petir dan hujan lebat yang dijangka akan berlaku di beberapa negeri sehingga jam 5 petang ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis • Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling) • Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar).
Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Bera) • Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) • Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) • Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang • Sabah: Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat • Labuan.
Anda dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengelak dari kawasan-kawasan yang berisiko.
Sumber: MetMalaysia