Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 2 petang ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 11.45 pagi itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Perlis
Kedah: (Langkawi, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim)
Pulau Pinang
Perak: (Batang Padang dan Muallim)
Kelantan: (Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh)
Terengganu: (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman)
Pahang: (Raub, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin)
Selangor: (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat)
Negeri Sembilan: (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau)
Johor: (Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)
Sarawak: Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat)
Orang ramai yang mempunyai urusan di luar pada tengah hari ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir.