Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 9 malam ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 6:35 petang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 7 malam ini:
Kedah (Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu)
• Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang)
• Terengganu (Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun)
• Pahang (Bera dan Rompin)
• Negeri Sembilan (Jempol)
• Johor (Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang)
• Sarawak: Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga)
• Sabah: Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat sehingga 9:00 malam; Selasa, 29 September 2020.
Orang ramai yang pulang daripada tempat kerja pada petang ini diminta supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia