Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 2:50 petang itu melibatkan tujuh buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 6 petang ini:
Kedah: (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu)
Pulau Pinang: (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan)
Perak: (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Batang Padang dan Muallim)
Terengganu: (Hulu Terengganu dan Dungun)
Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Bentong dan Temerloh)
Selangor: (Hulu Selangor, Gombak dan Petaling)
W.P Kuala Lumpur
Orang ramai yang pulang dari tempat kerja pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir petang ini.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia