Menurut kemaskini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat jam 6.45 petang tadi, beberapa negeri di Malaysia dijangka mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga jam 9 malam ini.
Negeri-negeri yang terlibat adalah:
Perlis
Kedah: Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling
Perak: Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar
Kelantan: Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang
Terengganu: Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman
Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong
Selangor: Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat
WP Kuala Lumpur
Negeri Sembilan: Jelebu dan Jempol
Johor: Kluang, Mersing dan Kota Tinggi
Sarawak: Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang
Sabah: Pedalaman (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan)
WP Labuan
Pengguna jalan raya diminta untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu dalam keadaan cuaca sebegini bagi mengelakkan kejadian tak diingini berlaku.
Sumber: MetMalaysia