
Waspada, Hujan Lebat Di 6 Negeri Hingga Malam Ini
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka akan melanda enam negeri sehingga jam 8 malam ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan lebat akan melanda daerah Yan, Pendang dan Kuala Muda di Kedah.
Selain itu, di negeri Perak pula melibatkan daerah Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.
Bagi negeri Kelantan, keadaan cuaca buruk akan melanda daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Di Terengganu pula, hanya daerah Besut dan Setiu yang terlibat.
Beralih ke selatan tanah air, hujan lebat diramal akan melanda Mersing dan Kota Tinggi di Johor.
Manakala di Sarawak pula hanya melibatkan daerah Kapit.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia