Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa buah negeri melibatkan negeri Semenanjung dan luar Semenanjung Malaysia.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan enam negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah.
Kawasan yang dijangkakan terlibat sehingga jam 8 malam ini ialah (Perlis), Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap (Kedah), Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machak, Pasir Puteh dan Kuala Krai (Kelantan), Besut (Terengganu), Maran, Kuantan dan Pekan (Pahang), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Sabah)
Orang ramai yang berada di kawasan berkenaan dinasihati untuk lebih berhati-hati dan mengurangkan aktiviti luar anda.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia