KUALA LUMPUR, 11 Jan – Shopee menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap individu yang menyamar sebagai pekerja Shopee dalam talian. Individu tersebut kononnya akan menawarkan peluang pekerjaan, ganjaran wang tunai dan hadiah cabutan bertuah melalui platform pemesejan, seperti WhatsApp.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Shopee memaklumkan bahawa pihaknya tidak melantik mana-mana individu untuk merekrut pekerja melalui platform pemesejan dengan tujuan untuk ‘meningkatkan kadar pendedahan peniaga’.
Selain itu, Shopee juga memaklumkan bahawa pihaknya hanya akan menganjurkan apa sahaja peraduan melalui aplikasi rasmi Shopee, halaman media sosial Shopee rasmi dan akaun perniagaan disahkan iaitu WhatsApp Shopee rasmi yang ditulis “disahkan”.
Shopee juga mengingatkan semua rakyat Malaysia untuk mengelakkan diri daripada gejala penipuan ini dan tidak menjadi mangsa tawaran atau ganjaran jenayah palsu ini.
Tambah Shopee, sekiranya terdapat orang awam yang mendapati bahawa diri mereka ditawarkan peluang pekerjaan atau pertandingan yang meragukan ataupun telah menjadi mangsa penipuan sedemikian, sila hubungi balai polis berhampiran untuk membuat laporan dengan segera.
Sebagai alternatif, rakyat Malaysia juga boleh menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui:
Bagi juga memberitahu, sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk menceburi kerjaya di Shopee, sila layari laman rasmi mereka untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Selain itu, jika ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan sebarang peraduan yang dipromosikan oleh Shopee, sila hubungi talian khidmat pelanggan kami di talian +603 2777 9222 atau e-mel help@support.shopee.com.my untuk mendapatkan pengesahan.
Rakyat Malaysia juga boleh mengikuti perkembangan terkini tentang potensi penipuan lain melalui tapak mikro kesedaran jenayah siber khusus kami di https://shopee.com.my/m/online-shopping-safety-tips.
Sumber: Kenyataan Rasmi Shopee