Gambar Via Google

Waspada Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Di Beberapa Kawasan Di 12 Buah Negeri Sehingga 11 Malam Ini

Sofea

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka akan berlaku di beberapa negeri sehingga jam 11 malam ini.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri PerlisKedahPulau PinangPerak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) • KelantanTerengganu (Besut, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong) • Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah dan Tampin) • MelakaJohor (Tangkak, Segamat dan Kluang) • Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah • Sabah: Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat (Pitas).

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak berada di kawasan yang berisiko.

Sumber: metmalaysia