Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri sehingga jam 9 malam ini.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis • Kedah • PulauPinang • Perak • Kelantan • Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Kemaman).
Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan) • Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling) • WP Kuala Lumpur • Sarawak: Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Sibu), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Marudi) dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan) dan Sandakan (Tongod) • Labuan.
Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada kawasan-kawasan yang berisiko.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia