Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda di beberapa buah negeri.
Kenyataan terkini dikeluarkan pada jam 5 petang tadi, ramalan cuaca dijangka hingga pukul 9 malam, 30 november 2020.
Berikut adalah senarai negeri dan kawasan-kawasan yang terlibat:
Perlis . Kedah : (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu). Pulau Pinang : (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan). Perak : (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim). Pahang : (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin). Selangor : (Hulu Selangor) Johor : (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi). Sarawak : Serian (Serian), Samarahan (Asajaya dan Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Mukah (Mukah), Bintulu, Miri (Marudi) dan Limbang. Sabah : Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat.
Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia