Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi laman Facebook rasmi mereka telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa buah negeri. Amaran yang dikeluarkan pada pukul 5.30 petang tadi melibatkan 7 buah negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
Berikut merupakan negeri dan kawasan yang dijangka dilanda ribut petir:
Perak – (Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim)
Pahang – (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin)
Selangor – (Hulu Selangor)
Negeri Sembilan – (Jelebu dan Jempol)
Johor – (Tangkak, Muar, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)
Sarawak – (Kuchong, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu)
Sabah – Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat.
Orang awam diminta mengutamakan keselamatan dan lebih berhati-hati apabila melalui kawasan terjejas.
Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia