Gambar via thestatesman.com

Waspada, Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Di 12 Buah Negeri Sehingga Malam Ini

Aziezzan

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkaitan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka akan melanda 12 buah negeri pada hari ini. Kenyataan amaran ribut petir tersebut dikeluarkan pada pukul 5:10 petang hari ini melalui akaun rasmi Twitter mereka.

Berikut merupakan 12 buah negeri serta kawasan yang terlibat sehingga 8:00 malam, 13 November 2020.

Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Pahang : (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera) Selangor : (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak dan Petaling) WP Kuala Lumpur Negeri Sembilan : (Port Dickson, Rembau, Jempol, dan Tampin) Melaka Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, dan Pontian) Sarawak : Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sibu, Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Limbang Sabah : Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat

Orang awam diminta mengutamakan keselamatan dan berhati-hati jika melalui kawasan yang terjejas.

Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia