Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa buah negeri melibatkan negeri Semenanjung dan luar Semenanjung.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan lima negeri yang terlibat ialah Perak, Kelantan, Terengganu, Johor, dan Sarawak.
Kawasan yang dijangkakan terlibat sehingga jam 7 malam ini ialah Kuala Kangsar (Perak), Kuala Krai dan Gua Musang (Kelantan), Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang (Terengganu), Segamat, Batu Pahat, Kluang dan Mersing (Johor).
Bagi negeri di luar Semenanjung pula hanya melibatkan negeri Sarawak iaitu di kawasan Sri Aman, Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu.
Orang ramai yang berada di kawasan-kawasan berkenaan dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan mengurangkan aktiviti di luar rumah.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia