Gambar Hiasan via Google

Waspada, Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Bagi 12 Buah Negeri Sehingga Petang Ini

Aziezzan

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkaitan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang dijangka akan melanda 12 buah negeri pada hari ini. Kenyataan amaran ribut petir tersebut dikeluarkan pada pukul 3.00 petang hari ini melalui akaun rasmi Facebook mereka.

Berikut merupakan 12 buah negeri serta kawasan yang terlibat sehingga 6:00 petang, Ahad, 1 November 2020.

Perlis

Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu)

Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim)

Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai)

Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang)

Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Kuantan)

Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Hulu Langat)

Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol dan Tampin)

Melaka

Johor (Tangkak, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)

Sarawak: Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang

Sabah: Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan)

Orang ramai dinasihatkan agar menjaga keselamatan dan berhati-hati.

Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia