Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir yang melibatkan 11 buah negeri di Malaysia. Amaran yang dikeluarkan pada jam 2.20 petang tadi dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung dan juga luar Semenanjung.
Perlis
Kedah (Langkawi dan Kubang Pasu)
Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim)
Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong)
Selangor (Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat)
WP Kuala Lumpur
Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Limbang
Sabah: Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud)
Orang ramai terutamanya di kawasan terlibat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia