Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 malam ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 3:30 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 7 malam ini:
Perak: (Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim)
Pahang: (Bentong, Maran, Bera, Pekan dan Rompin)
Selangor: (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling)
Negeri Sembilan: (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin)
Melaka
Johor
Sarawak: Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis) dan Kapit (Song)
Sabah: Sandakan (Telupid dan Beluran)
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang ada apa-apa urusan pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir.
Sumber: MetMalaysia