Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 malam ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 4:10 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 7 malam ini:
Perak: (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang)
Selangor: (Hulu Langat)
Negeri Sembilan: (Seremban, Port Dickson dan Rembau)
Melaka
Johor: (Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)
Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau)
Sabah: Pantai Barat (Ranau), Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid)
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang pulang dari tempat pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir petang ini.