Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 11 malam ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 9:20 malam itu melibatkan beberapa negeri di Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 11 malam ini:
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Kelantan
Terengganu: (Besut)
Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin)
Selangor
W.P Kuala Lumpur
W.P Putrajaya
Negeri Sembilan
Melaka
Johor: (Tangkak, Segamat dan Muar)
Sarawak: Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit, Miri dan Limbang
Sabah: Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Telupid)
Labuan
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir malam ini.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia