Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di sebelas negeri termasuk Wilayah Persekutuan di Malaysia sebentar tadi.
Menerusi kenyataan kemaskini pada 5 petang tadi, hujan lebat dan ribur petir dijangka melanda kawasan yang terlibat sehingga jam 8 malam ini.
Berikut adalah negeri dan wilayah yang diramal bakal menerima hujan berdasarkan laopran MetMalaysia.
Perlis
Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu)
Pulau Pinang
Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak)
Selangor
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Negeri Sembilan (Port Dickson)
Johor (Tangkak dan Muar)
Sarawak: Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang
Sabah: Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan)
Wilayah Persekutuan Labuan

Sumber: Metmalaysia