Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 2:55 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 6 petang ini:
Perak: (Batang Padang)
Selangor: (Petaling dan Hulu Langat)
Sarawak: Sri Aman, Betong (Betong), Sibu (Selangau), Bintulu dan Limbang
Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat)
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang pulang dari tempat kerja pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir petang ini.
Sumber: MetMalaysia