Gambar: Anadolu Agency

Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda Beberapa Negeri Sehingga Petang Ini

Aqmal Ezany

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini.

Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 3:40 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 6 petang ini:

Selangor: (Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang)

WP Kuala Lumpur

WP Putrajaya

Negeri Sembilan: (Seremban, Port Dickson dan Rembau)

Sarawak: Betong dan Sarikei

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang pulang dari tempat pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir petang ini.

Sumber: MetMalaysia