Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang dan 7 malam ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 2:40 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 6 petang ini:
Pahang: (Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin)
Selangor
WP Kuala Lumpur
WP Putrajaya
Negeri Sembilan
Melaka
Johor: (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang)
Bagi kawasan yang dijangka dibadai dengan ribut petir sehingga jam 7 malam pula adalah seperti berikut:
Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Sibu (Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu dan Limbang
Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang pulang daripada tempat kerja pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya mereka yang berada di kawasan yang dijangka dibadai ribut petir.
Sumber:
MetMalaysia