Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 malam ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 3:55 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 7 malam ini:
Perak: (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim)
Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong)
Selangor: (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang)
WP Kuala Lumpur
WP Putrajaya
Negeri Sembilan: (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin)
Melaka
Johor: (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Kulai)
Sabah: Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu)
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai urusan luar pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir petang ini.