Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 8 malam ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 4:45 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 8 malam ini:
Perlis
Kedah: (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling)
Perak: (Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta)
Pahang: (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis)
Johor: (Kluang, Mersing dan Kota Tinggi)
Sarawak: Kuching, Serian (Serian), Samarahan, Kapit (Bukit Mabong), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang
Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Kota Belud), Sandakan (Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat)
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang ingin keluar mahu pun melakukan aktiviti pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir petang ini.
Sumber: MetMalaysia