Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 8 malam ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 3:30 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 8 malam ini:
Kedah: (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu)
Pulau Pinang
Perak
Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin)
Selangor: (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat)
WP Kuala Lumpur
WP Putrajaya
Negeri Sembilan: (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin)
Melaka
Johor
Sarawak: Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga) dan Bintulu (Tatau)
Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan) dan Kudat
Labuan
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang pulang dari tempat pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir petang ini.
Sumber: MetMalaysia